Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dih] | سديه

Definisi : sedan, sedu: tangis dan ~; tersedih-sedih tersedan-sedan, tersedu-sedu, teresak-esak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dih] | سديه

Definisi : 1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, men­dukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dih] | سديه

Definisi : 1 = ~ hati rasa pilu dlm hati; susah hati: ~ rasanya mengenang peristiwa-peristiwa yg lalu. 2 dpt menimbulkan rasa pilu (hiba): cerita-cerita ~. bersedih, = ~ hati berasa pilu (hiba); berdukacita. menyedihkan menyebabkan berasa sedih; menimbulkan rasa sedih: Apa yg ~ kamu?. Keadaan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar amat ~. kesedihan perasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati. penyedih orang yg mudah atau selalu berasa sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedih (kata nama)
Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan.,
Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan,

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Air diminum terasa duri,
     nasi dimakan terasa sekam.

Bermaksud :

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sedih BerpisahAshaari AbdullahDewan Pelajar1 July 1978
Sedih BerpisahSiti Nurliza MokhtarDewan Pelajar1 March 1976
Sedih GembiraSharkawi AriffinDewan Pelajar1 August 1975
Sedih Sebuah Mimpi IndahIbrahim GhaffarDewan Sastera1 September 2006
Sedih Yang Tak BerkesudahanMadjoindo, Aman DatukHorison (Kakilangit)1 January 2003
SedihMusset, Alfred DeMuzik & Filem1 January 1901
Detik Sedih BerlaluHelmy AbdullahDewan Pelajar1 July 1979
Kisah SedihRonifira RejabDewan Pelajar1 December 1975
Antara Sedih dan GembiraMusa AliDewan Siswa1 October 1982
Nyanyi Sedih di Taman ManisYassinsallehDewan Sastra15 June 1975
12

Kembali ke atas