Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Satu Malaysia, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (soalan, perlu ada koma selepas sedikit? lama-lama jadi/ menjadi bukit atau kedua-dua diterima?) Terima kasihTanda baca yang betul ialah: Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Namun, dalam Kamus Istimewa Bahasa Melayu, peribahasa ini disebut sebagai: Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Ia membawa maksud yang sama dengan peribahasa yang pertama.

Perkataan 'jadi' atau 'menjadi' kedua-duanya boleh diterima.

Terima kasih.
Lain-lain31.10.2017
Manakah oeribahasa yng betul Sedikit-sedikit lama-lama menjdi bukit arau dikit-dikit lama-lama menjadi bukitDalam buku Peribahasa yang terakam ialah "berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit".Tatabahasa30.10.2017
Dalam Kamus Dewan dicatatkan bahawa “eceran” ialah perihal menjual barang sedikit-sedikit. Bagaimanakah dengan ungkapan “karya eceran” dan “penerbitan eceran”? Tepat atau tidak penggunaannya?Dalam konteks ini perkataan tersebut boleh bermaksud karya atau penerbitan yang dihasilkan dalam jumlah yang sedikit atau dalam tempoh yang tidak tetap.  Makna28.01.2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ada soalan mengenai istilah “Usaha Tangga Kejayaan”. Adakah persoalan ini sesuai dengan situasi menabung ? Kita menabung sedikit-sedikit dan akhirnya menjadi banyak, cikgu saya kata istilah “Usaha Tangga Kejayaan” tidak sesuai dengan situasi menabung. Terima kasih.Ungkapan "usaha tangga kejayaan" lazimnya digunakan dalam konteks melakukan usaha dengan bersungguh-sungguh akan beroleh kejayaan pada akhirnya. Ungkapan ini umum dan boleh digunakan dalam apa-apa juga perkara yang diusahakan. Walau bagaimanapun, untuk lebih khusus saudara boleh menggunakan ungkapan/peribahasa yang lebih sesuai, seperti "Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit".   Lain-lain05.09.2023
1. Apakah kata dasar untuk "sedikit"? 2. Adakah kata 'sedikit sebanyak' digunakan? 3. 'Sedikit-sebanyak' ATAU 'Sedikit banyak' yang betul? 4. Sila bina ayat untuk menjelaskan makna kata tersebut?

Kata dasar untuk sedikit ialah dikit. Ejaan yang betul ialah sedikit sebanyak, iaitu bermaksud lebih kurang.

Contoh ayat: Bantuan kerajaan kepada penduduk terjejas banjir sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka.  

Tatabahasa09.02.2015
Ambil rumput ini sedikit demi sedikit dan tanam di seluruh bahagian ini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Ambil rumput ini sedikit demi sedikit dan tanam di seluruh kawasan ini".Tatabahasa07.12.2022
apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ?Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri.Makna25.04.2019
"Kita perlulah menyimpan wang dari sekarang agar boleh digunakan semasa kecemasan," pesan ibu kepada Alisya. A) Sediakan payung sebelum hujan B) Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Jawapan diberi oleh cikgu iala B. Penjelasannya: B adalah dgunakan bagi semua yang berkaitan dengan wang. Jawapan A adalah digunakan bagi situasi seperti persediaan bagi pertandingan atau peperiksaan. Adakah peribahasa di atas digunakan pada keadaan yang tertentu sahaja? Apakah situasi tersebut?Penggunaan peribahasa terpulang kepada masyarakat untuk digunakan pada bila-bila masa atau situasi dengan syarat makna dan maksud peribahasa tersebut tepat. Dalam contoh soalan yang diberi, peribahasa A lebih tepat kerana terdapat situasi kecemasan yang mungkin berlaku dan kita perlu menyiapkan diri untuk menghadapinya. Peribahasa B perlu merujuk satu perbuatan yang dilakukan secara perlahan-lahan untuk mendapatkan hasil yang lebih besar, misalnya mengumpul duit secara perlahan-lahan dan mendapat hasil yang besar jika kerap dilakukan.Lain-lain26.07.2018
(a) sedikit banyak (b) sedikit sebanyak DBP, beriku yang manakah adalah betul?Frasa yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud lebih kurang.Tatabahasa04.09.2011
Mengapa sekarang guna "sedikit banyak" bukannya ' sedikit sebanyak 'Ungkapan yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud sekurang-kurangnya.Tatabahasa17.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas