Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dut] | سدوت

Definisi : ; menyedut 1. menarik masuk (ke dlm) dgn kekuatan udara (dgn mulut, hidung, dll), menghirup, menghisap: dia mengesat-ngesat air matanya dan ~ air yg keluar dr hidung-nya; dia ~ rokoknya; 2. ki memetik, mengambil, mendapatkan (dgn keras), me-meras: di bawah ini kita sedut sebahagian besar drpd surat-surat itu; mereka ~ wang drpd orang ramai; tersedut terhisap (dgn kekuatan udara) masuk kerana disedut: maka darah itu dgn serta-merta ~ masuk ke dlm tiga pembuluh besar; sedutan 1. yg telah disedut, hasil menyedut: ~ pertamanya pd rokok itu panjang sekali; 2. sebahagian kecil drpd sesuatu filem, tulisan, ceramah, wawancara dsb yg dipetik dan disiarkan secara berasingan, cabutan, petikan: sekarang ikutilah ~ wawancara tersebut; tayangan ~ filem yg berkenaan menjadi sebahagian drpd atur cara majlis; penyedutan perbuatan menyedut (meng-hisap dll), penghisapan; penyedut sesuatu (alat dll) yg menyedut; ~ air batu pembuluh utk menyedut air batu, straw; berpenyedut mempunyai penyedut: gelas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dut] | سدوت

Definisi : ; menyedut menarik minuman (bau dll) masuk ke dlm mulut (hidung dll) dgn kekuatan udara: Kita hendaklah sentiasa ~ udara yg bersih. sedutan hal atau hasil drpd menyedut: ~nya kuat sekali. penyedutan perbuatan atau hal menyedut. penyedut alat utk menyedut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedut
Kata Terbitan : menyedut, penyedut, penyedutan, tersedut, sedutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spacerperuangSains KesihatanTiadaAlat tambahan yang digunakan bersama-sama dengan alat sedut untuk membebaskan dos sedut dengan lebih berkesan.
metered-dose inhaler (MDI)alat sedut dos bermeterSains KesihatanTiadaAlat sedut yang dapat membebaskan sukatan dos dengan tepat.
inhaler canisterkanister ubat sedutSains KesihatanTiadaBekas logam berbentuk silinder yang digunakan untuk menyimpan perumusan ubat sedut.
inhalesedut; tarik nafasPerubatanTiadaMenyedut sesuatu ke dalam paru-paru melalui pernafasan.
inhalesedut; tarik nafasPerubatanTiadaMenyedut sesuatu ke dalam paru-paru melalui pernafasan.
inhalesedut; tarik nafasSukanTiadaTiada
sucksedutKejuruteraanTiadaTiada
bilge suctionsedut bilgaKejuruteraanTiadaTiada
bilge suctionsedut bilgaPelayaranTiadaTiada
inhaleralat sedut; sedutanPerubatanTiada1. Alat untuk memasukkan wap atau bahan-bahan anestesia melalui penyedutan.,2. Alat untuk mencegah habuk, debu, asap dan lain-lain daripada masuk ke dalam paru-paru, terutama bagi pesakit paru-paru.
12345

Kembali ke atas