Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ga.ra] | سݢرا

Definisi : sl lautan, laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
segara (kata nama)
Bersinonim dengan laut, lautan, bahar, samudera, semedera.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan ritma pantun yang kurang tepat, semasa penutup kata pada setiap kali Berita RTM. "Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka". Ritma di penghujung 'ra' dan 'ka', agak pelik. Mohon pencerahan.Untuk makluman, rima ialah  bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris puisi (pantun). Rima akhir pula ialah rima pada setiap baris sesebuah puisi seperti rima dalam pantun empat kerat, iaitu a,b; a, b. Untuk rima akhir perkataan "segara" dan "merdeka", iaitu "ra" dan "ka" merupakan rima yang dikenali sebagai rima yang tidak sempurna tetapi diterima kerana bunyinya hampir sama apabila didengar. Sastera27.02.2024
Perlukan Proof Read untuk banting dalam kadar segara Sila lihat lampiranUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain06.10.2015
Mohon pihak DBP membezakan istilah 'anteater' dan 'pangolin' dalam pangkalan data. Kedua-duanya diberi padanan tenggiling walhal haiwan berbeza. Ini penting. Minta sangat diperbetulkan dengan segara supaya dapat menghindari kesilapan dalam bidang biologi.Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam  penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pihak kami akan memaklumkan perkara tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya.Penyemakan dan penterjemahan16.02.2019

Kembali ke atas