Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.gél] | سيݢيل

Definisi : (ségél) IB 1. cap (sbg tanda), tera, meterai; ~ tempel segel yg dilekatkan pd surat tanda pembayaran dll; 2. kupon (utk membeli barang-barang); menyegel 1. mengecap (dgn tera, meterai); 2. membubuh cap (pd surat-surat penting dll) dgn lak dll; 3. ki menutup kedai dll (oleh polis kerana melanggar undang-undang dll); penyegelan perbuatan menyegel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.gél] | سيݢيل

Definisi : /ségél/ cap sbg tanda utk sesuatu badan perniagaan dll; cap pengenalan. menyegel membubuh cap sbg tanda pd sesuatu; mengecap dgn tanda ter­tentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya hendak tanya terjemahan untuk perkataan "SIGIL"(contohnya, "fire sigil". Terima kasihSalam sejahtera,

Dalam data sistem kami, tidak wujud istilah bahasa Inggeris "SIGIL". Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan segel yang bermaksud:
 
1. cap (sbg. tanda), tera, meterai; ~ tempel segel yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dll
2. kupon (untuk membeli barang-barang);
menyegel 1. mengecap (degan tera, meterai); 2. membubuh cap (pd. surat-surat penting dll.)

Sekian untuk makluman.

Makna28.11.2017
Apakah perbezaan di antara meteri dan meterai dan mohon contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. Terima kasih.
Menurut data kami tiada perkataan meteri manakala meterai merujuk kepada lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada dokumen, sijil, dan sebgainya sebagai tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (untuk raja-raja), segel, tera; ~ tempel Id cap yg ditampalkan sebagai tanda penerimaan wang; ~ upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dan lain-lain); memeterai membubuh meterai pada (sesuatu), mengecap; termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dalam hati terasa dalam hati; pemeteraian proses memeterai: perun-dingan EAEC yang dianjurkan oleh Malaysia sebagai projek bersama dan ~ tiga dokumen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna24.10.2018

Kembali ke atas