Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ge.nap] | سݢنڤ

Definisi : seluruh, setiap; ® genap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ge.nap] | سݢنڤ

Definisi : seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ge.nap] | سݢنڤ

Definisi : tidak ada kecualinya; seluruh; setiap: Syarikat itu berkembang ke ~ daerah di Semenanjung Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segenap

Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Singgah hinggap di pohon jati;
Marilah wahai kekasih sayang,
     Kekasih kupuja segenap hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Manis bagai gula Jawa.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Negara kita stabil dan aman adalah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. MUNSYI, adakah ayat segenap lapisan adalah salah dalam ayat ini? TKDalam Kamus Dewan edisi keempat, segenap bermaksud seluruh, sekalian, semua. Oleh itu, penggunaan segenap adalah betul dalam ayat yang diberikan. Ayat yang betul ialah: Negara kita stabil dan aman ialah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi.Tatabahasa11.06.2012
Apakah perbezaan antara semua, seluruh, segala dengan setiap?

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempunyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Tatabahasa04.03.2014
_____barang di pasar raya dijual dengan harga tetap. a. Setiap b. Semua adakah kedua-dua diterima sebagai jawapan? Tolong berikan penjelasan.

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Berdasarkan takrifan tersebut, kedua-dua diterima sebagai jawapan.

Tatabahasa17.04.2014
Apakah perbezaan antara kata bilangan' semua' 'seluruh' dan 'segala' dari penggunaannya. minta tuan berikan contoh ayat bagi setiap kata bilangan tersebut. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Makna06.04.2011
apakah yang dimaksudkan dengan seantero?Maknanya ialah seluruh, segenap. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.10.2008
apakah perbezaan 'kesemua' / 'semua'Semua bermaksud "sekalian" dan "segala" dan semua juga membawa maksud "kesemua", iaitu "segenap", "setiap", "seluruh". Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati.Makna10.08.2017
Adakah wujud perkataan "segelinap"?. Saya ada terjumpa perkataan ini digunakan dalam beberapa penulisan, namun saya tidak menjumpainya dalam Kamus Dewan.Perkataan segelinap tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, perkataan yang boleh digunakan ialah perkataan segenap yang membawa maksud tidak ada kecualinya; seluruh; setiap: Contoh: Syarikat itu berkembang ke segenap daerah di Semenanjung Malaysia. 
Istilah06.10.2020
Yang mana betul semua penonton atau para penonton?Para penonton bermaksud ramai penonton manakala semua penonton bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap penonton. Semua penonton dan para penonton, kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa16.08.2017
Salam, saya nak tanya tentang visi ini "SK Sibu Laut Gemilang Terbilang seantero aspek pendidikan" betul atau tidak penggunaan perkataan seantero digunakan pada ayat ini? adakah maksudnya perkataan tersebut tidak salah?Seantero bermaksud seluruh atau segenap. Pada pandangan kami isunya di sini bukanlah perkataan seantero tetapi frasa seantero aspek pendidikan. Pendidikan bermaksud perihal mendidik apabila di digabungkan perkataan seantero aspek pendidikan bermaksud segenap hal mendidik. Oleh itu, kami cadangkan tuan mencari perkataan lain yang sesuai digandingkan perkataan seantero seperti seantero Sibu.Tatabahasa05.01.2013
Salam, Apakah perbezaan penggunaan kata bilangan 'semua' dan 'kesemua'? Terima kasih.Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh.Tatabahasa04.04.2013
1234

Kembali ke atas