Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ge.nap] | سݢنڤ

Definisi : seluruh, setiap; ® genap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ge.nap] | سݢنڤ

Definisi : seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ge.nap] | سݢنڤ

Definisi : tidak ada kecualinya; seluruh; setiap: Syarikat itu berkembang ke ~ daerah di Semenanjung Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segenap

Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Singgah hinggap di pohon jati;
Marilah wahai kekasih sayang,
     Kekasih kupuja segenap hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Manis bagai gula Jawa.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Makkah al-Mukarramah ialah bandar yang

paling terkenal di dunia Islam. Seluruh hati para

Muslimin di segenap ceruk penjuru dunia

tertumpu padanya. Di sanalah terletak tempat suci

Islam seperti Masjidilharam, Kaabah, Mina,

Muzdalifah dan Arafah.

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT, SEJARAH

Sejarah Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, Sejarah. Sejarah Amerika

Syarikat ialah kisah negara besar yang dibina

daripada belantara oleh penduduk yang berani dan

cintakan kebebasan. Penduduk lelaki dan wanita yang

membina negara Amerika Syarikat berasal dari

hampir segenap pelosok dunia. Mereka mewakili

pelbagai bangsa dan agama.

UMUM 
MUSTA‘SIM BILLAH, AL-

Musta‘sim Billah, al- (609 H.–656 H./1212 M.–

1258 M.), iaitu khalifah kerajaan Abbasiyyah di

Baghdad yang terakhir. Nama penuhnya ialah

‘Abdullah al-Musta‘sim billah ibn Mansur al-

Mustansir Billah ibn Muhammad al-Zahir ibn

Ahmad al-Nasir. Dia ialah cucu kepada Harun al-

Rashid. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad. Dia

dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan ayahnya

pada tahun 640 H./1242 M., ketika bahaya sedang

mengancam kerajaan Abbasiyyah dari segenap

penjuru.

UMUM 
KHAT ARAB

Khat Arab ialah seni penulisan kaligrafi Arab. Ia

banyak dibantu oleh keunikan struktur bahasa Arab

yang agak fleksibel, lembut, boleh dipanjangkan

dan dipendekkan, boleh dipusingkan, boleh ditulis

secara berasingan, bahkan boleh disambungkan,

digabungkan dan disusun. Keadaan sedemikian

menjadikan khat Arab sebagai satu seni yang indah

dan bersesuaian dengan sebarang perubahan

dan perkembangan. Jadi, satu hubungan yang

kuat terbentuk antara setiap jenis khat dengan

bahan yang digunakan untuk penulisannya. Khat

Arab agak lembut, sesuai dengan keindahan

dan keseniannya. Kita juga dapat melihat ia

agak kukuh dan mempunyai keseimbangan,

dengan mengambil sepenuhnya ruang yang luas

di segenap sudutnya. Kita melihat kekukuhan

dan kelembutan, sering bertukar ganti dan

berkesinambungan dalam penulisan khat ini. Pada

setiap keadaan, ia akan melekakan pemerhatinya

dengan keindahannya yang unik serta keistimewaan

bentuknya yang unggul dan menawan. Keadaan

ini menempatkannya di kedudukan yang istimewa

dalam bidang seni reka bentuk.

Khat Arab bergantung pada seni dan keindahan

berdasarkan kaedah tersendiri, hasil kesesuaian

antara khat, titik dan bentuk bulat. Corak

penampilan unsur khat ini digunakan secara seni,

seperti seni reka bentuk yang lain. Contohnya,

khat dan susunannya tidak memberi makna dari

sudut luaran sahaja, tetapi ia juga memberi makna

keindahan yang lahir daripada corak unik yang

memberikannya satu bentuk keindahan. Pada masa

yang sama, bentuk keindahan ini terpisah daripada

unsur-unsur khat dan bersambung dengan corak-coraknya

yang unik.

UMUM 

Kembali ke atas