Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ge.nap] | سݢنڤ

Definisi : seluruh, setiap; ® genap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ge.nap] | سݢنڤ

Definisi : seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ge.nap] | سݢنڤ

Definisi : tidak ada kecualinya; seluruh; setiap: Syarikat itu berkembang ke ~ daerah di Semenanjung Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segenap

Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Singgah hinggap di pohon jati;
Marilah wahai kekasih sayang,
     Kekasih kupuja segenap hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Manis bagai gula Jawa.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decolonizationpenyahjajahanSains PolitikPolitik PerbandinganPengurangan kuasa dan penghakisan dominasi kuasa penjajah. Proses ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan meliputi segenap aspek sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks politik, proses ini dapat dilihat apabila pihak penjajah mula memberi peluang dan melatih anak tempatan dalam bidang pentadbiran serta melantik mereka untuk mengetuai jabatan atau memikul tanggungjawab tertentu dalam penggubalan dasar. Dalam konteks sosial pula, dasar sosial yang dahulunya berasaskan kepada nilai penjajah digantikan dengan nilai tempatan. Demikian juga halnya dalam aspek ekonomi, kuasa ekonomi tempatan secara berperingkat mengambil alih pengurusan dan ekuiti modal ekonomi yang dahulunya dikuasai penjajah. Contohnya, pemerintah Malaysia selepas mencapai kemerdekaan melakukan penyahjajahan dalam segenap aspek politik, ekonomi dan sosial bagi mengurangkan dominasi British di negara ini.
ventlohongKesenianSeni BinaRuang terbuka di permukaan sesebuah struktur bangunan bagi membolehkan proses penggantian udara di segenap ruang. Ruang seperti ini boleh menghasilkan kualiti udara dalaman yang baik.
indirect lightcahaya tak langsungTeknikElektrikCahaya dari satu sumber yang terpantul dari dinding, siling atau lantai. Cahaya ini berpecah ke segenap ruang bilik dan meneranginya. Cahaya ini disebut juga sumber kedua cahaya dan amat berguna dalam pencahayaan.
international legal orderaturan undang-undang antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSistem yang memperuntukkan peraturan perundangan bagi mengawal selia segala hubungan antara subjek undangundang antarabangsa, terutamanya negara. Aturan undangundang antarabangsa mencakupi segenap bidang hubungan antarabangsa seperti politik, keselamatan, ekonomi dan perdagangan, alam sekitar dan hak asasi manusia.
hyperbolehiperbolaKesusasteraanPuisiGaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-lebihan. Penggunaan gaya ini bertujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran. Contohnya, petikan dari puisi "Erang (2)" dalam antologi Bunga Gerimis karya Azmi Yusoff. mengais impian hanyir segenap ceruk kota menyudu igauan hancing di setiap pelosok bandar raya
thermohaline circulation (THC)peredaran termohalin (THC)Sains MarinTiadaPeredaran air laut berskala besar yang dikawal oleh perbezaan ketumpatan air yang dipengaruhi oleh perubahan suhu dan kemasinan air laut. Secara asasnya, peredaran termohalin bermula apabila air di kawasan kutub menyejuk dan tenggelam lalu merebak ke segenap lautan. Aliran ini berterusan dan secara beransur-ansur bergerak ke permukaan dan akan kembali tenggelam apabila tiba di kawasan kutub hingga melengkapkan satu kitaran pergerakan air berskala global.
art epicepik seniKesusasteraanTiadaNaratif yang mempunyai nilai konvensi dan estetik yang tinggi dan dihasilkan oleh pengarang yang terkenal dengan ketinggian mutu dan daya ciptanya, Naratif epik yang dihasilkan benar-benar memperlihatkan ketinggian nilai dari segi penciptaan karya serta diakui sebagai karya seni yang bermutu. Dari aspek isi, epik seni memaparkan unsur-unsur pemikiran, sejarah dan tamadun budaya sesuatu bangsa. Epik ini mampu menarik perhatian dan dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah dalam kalangan intelektual. Dari aspek seni sastera, epik seni menampilkan ketinggian nilai daya cipta dan kehalusan pengucapan seni, khususnya dari segi penggunaan bahasa. Hal ini berbeza dengan epik rakyat yang lebih bersifat popular dan dicipta untuk tatapan khalayak atau rakyat biasa. Contoh epik seni dalam kesusasteraan Inggeris dapat dilihat dalam karya Milton berjudul Paradise Lost. Lihat juga epik rakyat, epik sastera.
adult suffragehak undi dewasaSains PolitikPolitik PerbandinganHak mengundi yang diberikan kepada individu yang telah menjangkau umur tertentu seperti 18 tahun atau 21 tahun. Hak mengundi dewasa pada asalnya tidak wujud tetapi berkembang daripada tradisi demokrasi Athens sejak tahun 500 SM. Pada ketika itu, hanya golongan bangsawan yang memiliki hak mengundi namun selepas era revolusi perindustrian, hak ini lelah meluas ke segenap lapisan masyarakat. Di Malaysia, hak undi dewasa bermula apabila individu tersebut telah mencapai umur 21 tahun.

Kembali ke atas