Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gi] | سݢي

Definisi : 1. garis pd tepi dadu (kotak dll), sanding: batang pensel yg enam ~nya; kikir tiga ~; 2. garis pd tepi bidang, garis-garis yg menjadi pemidang (pd rajah, gambar rajah, dll), sisi: lukis sebuah rajah tiga ~ di dlm bulatan ini; 3. permukaan yg kecil-kecil (pd intan dll); 4. Id ruangan yg memanjang pd kertas, lajur, kolum; 5. ki pandangan terhadap sesuatu, sudut pandangan, aspek: dr ~ agama, suami-nya memang berhak beristeri lagi; bersegi ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya; persegi 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gi] | سݢي

Definisi : 1 garis bucu yg tajam pd kotak dll; sanding: Pensel ini enam ~nya. 2 garis-garis yg menjadi sempadan sesuatu rajah dll; garis pd tepi sesuatu bidang: Lukis sebuah rajah yg mempunyai enam ~. 3 ki pandangan atau pendapat terhadap sesuatu perkara; sudut pandangan: Jika dipandang dr ~ ekonomi, orang-orang Melayu memang tertinggal di belakang. bersegi ada seginya: Tiangnya ~ empat. persegi 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,

Puisi
 

Belah buluh bersegi-segi,
     Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
     Lebih laut dari daratan.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bidang matematik: Apakah kata berganda untuk segi empat tepat atau segi tiga? Adakah 'contoh, Luas segi empat tepat - segi empat tepat itu ' atau 'Luas segi-segi empat tepat itu '? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah segi-segi empat dan segi-segi tiga.Lain-lain07.08.2018
Tajuk: "Dari segi" atau "daripada segi"? Tuan DBP, izinkan saya tanyakan bahawa "dari segi" atau "daripada segi" bentuk frasa yang betul menurut logika bahasa? Kemusykilan saya tentang hal ini timbul kerana dalam buku Tertib Mengarang, pejuang bahasa yang ulung yang juga mantan Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr. Awang Sariyan menggunakan bentuk "daripada segi", "daripada sudut". Saya menerima frasa ini kerana saya menganalisis bahawa "daripada segi" bermaksud meninjau satu punca. Sendi "daripada" membawa maksud sumber, melainkan kekeliruan saya bangkit sekali lagi kerana bentuk "dari segi" atau "dari sudut" juga tepat kerana "segi" dan "sudut" arah. Sendi "dari" memang digunakan untuk tempat dan arah, tetapi saya lebih merasakan bahawa "dari segi" betul kerana menunjukkan arah. Apakah ulasan tuan?Untuk makluman tuan, kami menyedari adanya pandangan lain yang menerima "daripada sudut" sebagai bentuk yang gramatis. Walau bagaimanapun kami berpegang pada Tatabahasa Dewan, dan menerima frasa "dari sudut".Tatabahasa05.08.2016
Salam Lebaran... Apakah perbezaan segi tiga dengan tiga segi?Menurut data kami, segi tiga ialah rajah yang mempunyai tiga sem­padan dan tiga sudut yang berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yang salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yang setiap sudutnya bernilai kurang daripada 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yang mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yang sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yang mempunyai satu sudut tepat, iaitu yang bernilai 90o. Manakala contoh ayat bagi tiga segi ialah rumahnya dihiasi rumput tiga segi.Makna10.07.2016
Di tempat pertama, "di" rapat atau jauh? Atau salah daripada segi tatabahasa? Dari segi atau daripada segi?1. Tempat pertama
2. Dari segi

Tatabahasa07.11.2017
Salam, Saya ingin bertanya tentang kata adjektif bentuk. Dalam tatabahasa dewan edisi keempat, kata adjektif bentuk seperti bulat, bujur, leper. Jadi, soalan saya, adakah piramid, kon, segi empat, segi tiga dikira sebagai kata adjektif ataupun kata nama? Terima kasih.Dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu, piramid, kon, segi empat dan segi tiga ialah kata nama.Tatabahasa15.09.2016
Salam sejahtera, Saya ada satu persoalan mengenai penggunaan ayat "dari segi". Yang mana satu yang betul dan gramatis dari sudut tatabahasa. "Daripada segi" atau "Dari segi"? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah dari segi.Tatabahasa09.11.2020
Salam, ingin ambil tau, nama bangunan and nama fakulti yang dapat dalam lokasi syarikat kami SEGi College Subang Jaya, kena mohon pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa? Contoh macam, SEGi College, SEGi College of Graduate Studies. Majlis Perbandaran sini minta kami dapatkan sah bahasa daripada Dewan Bahasa, tapi pindaan/komen menunjuk Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. Bangunan dan fakulti kami mestilah dalam bahasa ingeris. Apa tuan/puan cadangkan kami boleh pinda?Wassalam,

Tuan, apakah nama rasmi bagi kolej ini? Sekiranya hanya SEGi College sahaja yang didaftarkan, tuan perlu tambah keterangan aktiviti di atas nama khas. Contoh: KOLEJ atau UNIVERSITI.
Lain-lain08.03.2017
Mohon pengesahan bagi ayat yang betul: a) Tudung empat segi b) Tudung segi empatFrasa yang betul ialah tudung segi empat.Tatabahasa23.01.2014
As salam, yang manakah yang betul, dari segi atau daripada segi, dari perspektif atau daripada perspektif ? Pesaka atau pusaka ?Frasa yang betul ialah dari segi dan dari perspektif.
Ejaan yang betul ialah pusaka.
Tatabahasa20.09.2013
mengembeleng tenaga atau mengembleng tenaga. dari segi ejaan? dari segi tatabahasa adakah ini betul? "mengenalpasti, mengesah dan menjaga keselamatan hakmilik pelanggan" perlu penggunaan 'kan'? menyenggara atau menyelenggara? terima kasihEjaan yang betul ialah menggembleng dan menyenggara serta menyelenggara kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun kami tidak jelas dengan pertanyaan tuan tentang "dari segi tatabahasa adakah ini betul? "mengenalpasti, mengesah dan menjaga keselamatan hakmilik pelanggan" perlu penggunaan 'kan'". Dari segi ejaan, yang betul ialah mengenal pasti, mengesah dan menjaga hak milik pelanggan.Tatabahasa04.02.2014
12345678910...

Kembali ke atas