Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gi] | سݢي

Definisi : 1. garis pd tepi dadu (kotak dll), sanding: batang pensel yg enam ~nya; kikir tiga ~; 2. garis pd tepi bidang, garis-garis yg menjadi pemidang (pd rajah, gambar rajah, dll), sisi: lukis sebuah rajah tiga ~ di dlm bulatan ini; 3. permukaan yg kecil-kecil (pd intan dll); 4. Id ruangan yg memanjang pd kertas, lajur, kolum; 5. ki pandangan terhadap sesuatu, sudut pandangan, aspek: dr ~ agama, suami-nya memang berhak beristeri lagi; bersegi ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya; persegi 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gi] | سݢي

Definisi : 1 garis bucu yg tajam pd kotak dll; sanding: Pensel ini enam ~nya. 2 garis-garis yg menjadi sempadan sesuatu rajah dll; garis pd tepi sesuatu bidang: Lukis sebuah rajah yg mempunyai enam ~. 3 ki pandangan atau pendapat terhadap sesuatu perkara; sudut pandangan: Jika dipandang dr ~ ekonomi, orang-orang Melayu memang tertinggal di belakang. bersegi ada seginya: Tiangnya ~ empat. persegi 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,

Puisi
 

Belah buluh bersegi-segi,
     Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
     Lebih laut dari daratan.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pyramidpiramidSejarahTiada1. Binaan yang mempunyai tapak yang berbentuk segi tiga atau segi empat dan segi-segi condong yang bertemu di satu pusat terutama terdapat di Mesir dalam zaman Mesir kuno, dipercayai tempat kuburan Firaun.
congruent trianglesegi tiga kongruenMatematikTiadaSegi tiga-segi tiga yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama jika dibandingkan antara satu sama lain.
paysannepotongan daduPentadbiran PerniagaanTiadaPotongan nipis berbentuk segi empat tepat, segi empat bujur atau segi tiga.
fermierrepotongan dadu nipisPentadbiran PerniagaanTiadaPotongan nipis berbentuk segi empat tepat, segi empat bujur atau segi tiga.
croute au potpotongan dadu nipisPentadbiran PerniagaanTiadaPotongan nipis berbentuk segi empat tepat, segi empat bujur atau segi tiga.
segi tiga(Ib.)segi tiga(Ib.)KesenianTiadaSurik berbentuk segi tiga.
port-hole slabkepingan pintu bulatSejarahTiadaBatu rata dan tebal biasanya segi empat sama atau segi empat bujur, berlubang di tengah-tengahnya membentuk laluan masuk keluar ke bilik, kadang kala lubang ini membentuk segi empat sama.
mata segi panjai(Ib.)mata segi panjai(Ib.)KesenianTiadaMata yang berbentuk segi empat dan agak memanjang.
kerchiefskarfKesenianTiadaSkarf segi tiga atau segi empat sama yang dilipat pepenjuru, dipakai di kepala dengan hujungnya diikat di bawah dagu. Asalnya pakaian wanita Rusia.
seed qualitymutu biji benihPertanianAgronomi

 Ciri biji benih dari segi genetik dan fisiologi. Kualiti genetik menentukan kualiti biji benih terpelihara dari segi ketulenan baka. Dari segi fisiologi, mutu biji benih menentukan daya percambahan dan tumbesaran yang sempurna. Mutu biji benih ditentukan dengan ujian ketulenan dan ujian percambahan.

12345678910...

Kembali ke atas