Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Mat) rajah satah yg mempunyai empat sudut; ~ sama segi empat yg setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya 90°; ~ selari segi empat yg tiap-tiap sepasang sisinya yg ber-tentangan adalah selari; ~ tepat segi empat yg mempunyai dua pasang sisi bertentangan yg sama panjang dan setiap sudutnya 90°. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rajah yg mempunyai empat sempadan. ~ bujur segi empat yg mem­punyai sempadan bersebelahan yg tidak sama dan bersudut tepat. ~ sama segi empat yg mempunyai empat sem­padan yg sama dan bersudut tepat. ~ selari segi empat yg mempunyai sempadan bertentangan yg selari. ~ tepat segi empat yg mempunyai empat sudut tepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bidang matematik: Apakah kata berganda untuk segi empat tepat atau segi tiga? Adakah 'contoh, Luas segi empat tepat - segi empat tepat itu ' atau 'Luas segi-segi empat tepat itu '? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah segi-segi empat dan segi-segi tiga.Lain-lain07.08.2018
Salam, ayat yang manakah yang betul? 1) Panjang segi empat sama itu ialah dua kali lebarnya. 2) Panjang segi empat sama itu adalah dua kali lebarnya. Boleh jelaskan perbezaaan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Panjang segi empat sama itu ialah dua kali lebarnya.”

 

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. 

Tatabahasa17.02.2022
Mohon pengesahan bagi ayat yang betul: a) Tudung empat segi b) Tudung segi empatFrasa yang betul ialah tudung segi empat.Tatabahasa23.01.2014
Salam, Saya ingin bertanya tentang kata adjektif bentuk. Dalam tatabahasa dewan edisi keempat, kata adjektif bentuk seperti bulat, bujur, leper. Jadi, soalan saya, adakah piramid, kon, segi empat, segi tiga dikira sebagai kata adjektif ataupun kata nama? Terima kasih.Dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu, piramid, kon, segi empat dan segi tiga ialah kata nama.Tatabahasa15.09.2016
Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak __ (herot-berot /bengkang-bengkok)Jawapan yang betul ialah: Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak herot-berot.Tatabahasa09.06.2012
Sekiranya gambar getah pemadam berbentuk segi empat, apakah penjodoh bilangan yang betul? se__________ getah pemadamPenjodoh bilangannya ialah sebiji.Tatabahasa08.05.2008
apakah permainan dam melayuMenurut Kamus Dewan pemainan Dam merupakan sejenis permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur);Lain-lain05.08.2007
1. sila beritahu nama bahasa malaysia bagi bentuk Oval dan Oblong. Nama bujur sesuai digunakan untuk bentuk apa? 2. diamond shape- dipanggil sebagai apa? nama bentuk intan boleh digunakan?

Encik Logeswari,

Oval diterjemahkan sebagai bujur. Oblong sebagai segi empat panjang. Diamond shaped ialah potong wajik bukan bentuk intan.

Istilah25.06.2010
Apakh istilah atau nama yang diberikan kepada binaan di atas kubur? Perkataan yang sering didengari ialah, kepuk@kepok@kebokMengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaan yang betul ialah "kepuk" yang bermaksud binaan berbentuk segi empat daripada kayu, konkrit atau marmar dan sebagainya, yang dibina di sekeliling kubur.Ejaan18.03.2023
Salam sejahtera, adakah wujud istilah 'medium rectangle' di dalam bahasa Melayu? Medium rectangle merujuk kepada ruangan iklan bersaiz 300 x 250 piksel yang diletakkan di dalam laman sesawang. Terima kasih.Cadangan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "medium rectangle" ialah ruang iklan segi empat tepat.Makna23.10.2021
1234

Kembali ke atas