Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Mat) rajah satah yg mempunyai empat sudut; ~ sama segi empat yg setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya 90°; ~ selari segi empat yg tiap-tiap sepasang sisinya yg ber-tentangan adalah selari; ~ tepat segi empat yg mempunyai dua pasang sisi bertentangan yg sama panjang dan setiap sudutnya 90°. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rajah yg mempunyai empat sempadan. ~ bujur segi empat yg mem­punyai sempadan bersebelahan yg tidak sama dan bersudut tepat. ~ sama segi empat yg mempunyai empat sem­padan yg sama dan bersudut tepat. ~ selari segi empat yg mempunyai sempadan bertentangan yg selari. ~ tepat segi empat yg mempunyai empat sudut tepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
segi empat samasquareBentuk segi empat yang setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya ialah sudut tepat.Lihat RajahSekolah Rendah
segi empat tepatrectangleBentuk segi empat yang keempat-empat sudutnya ialah sudut tepat, 90°. Lihat RajahSekolah Rendah
kuadratquadratRangka berbentuk segi empat yang biasa dibuat daripada logam atau kayu tertentu yang digunakan untuk mengkaji populasi organisma yang tidak bergerak.Menengah Atas
piramidpyramidStruktur tugu dengan dasar berbentuk segi empat atau bulat. Sisi yang curam dan bertemu di satu titik puncak. Contohnya, binaan makam purba Mesir. Lihat RajahSekolah Rendah
kuboidcuboidBongkah yang mempunyai enam permukaan yang semuanya berbentuk segi empat tepat. Lihat RajahSekolah Rendah
kiubcubeBongkah yang mempunyai enam permukaan yang semuanya berbentuk segi empat sama sisi. Contohnya, dadu. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas