Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segi empat yg setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya 90°; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segi empat yg mempunyai empat sem­padan yg sama dan bersudut tepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, ayat yang manakah yang betul? 1) Panjang segi empat sama itu ialah dua kali lebarnya. 2) Panjang segi empat sama itu adalah dua kali lebarnya. Boleh jelaskan perbezaaan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Panjang segi empat sama itu ialah dua kali lebarnya.”

 

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. 

Tatabahasa17.02.2022
Apakah perbezaan antara panji-panji dan bendera?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud panji-panji ialah kain yang biasanya berbentuk segi tiga sebagai tanda atau bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). Manakala bendera pula bermaksud sepotong kain segi empat atau segi tiga dgn gambar atau warna tertentu yang digunakan sebagai lambang atau sebagai tanda. maka panji-panji dan bendera merupakan benda yang sama.Makna30.07.2016
Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ...

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa.

Lain-lain13.07.2010
saya serta gabungan empat persatuan telah bersetuju bergabung dan ingin mementaskan sebuah karya baru yang mengangkat seni warisan melayu silat khususnya. jadi dapatkah kiranya kerja sama dari pihak DBP dari segi panggung dan nasihat untuk merialisasikan perjuangan ini.

Untuk maklumat dan nasihat berkaitan dengan pementasan karya sastera, tuan boleh menghubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP.  Pegawai yang boleh dihubungi ialah Puan Baidari Evadarweena binti Basri melalui nombor telefon 03-2147 9130 atau e-mel baidari@dbp.gov.my.

Lain-lain03.03.2014
Assalamualaikum... 1. Saya keliru dengan penggunaan wacana yang tepat iaitu sama ada 'oleh demikian' atau 'oleh yang demikian' atau 'oleh hal yang demikian'? Yang mana satu yang betul? 2. Saya berharap pihak tuan dapat menjelaskan sebab ejaan 'jawab' dan 'jawapan' berbeza dari segi penggunaan konsonan 'b' dan 'p'. begitu juga dengan perkataan 'wajib' dan 'kewajipan'? terima kasih.Sekiranya saudara merujuk  Kamus Dewan Edisi Empat, kata demikian bermaksud begitu, begini, seperti itu. Oleh yang demikian bermaksud oleh(hal)yang begitu. Penggunaan ungkapan yang mantap ialah oleh yang demikian. Bagi menjawab soalan kedua saudara, kata dasarnya ialah "jawab". Oleh yang demikian, bentuk terbitan yang betul ialah "jawaban".  Walau bagaimanapun, perkataan "jawapan" sudah mantap penggunaannya. Maka kedua-dua ejaan perkataan ini betul.Tatabahasa18.02.2009
Rajvinderjeet Singh Feb 27th, 11:20pm Kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Rajvinderjeet Singh Feb 27th, 11:20pm Apakah perbezaan sukar dan susah Rajvinderjeet Singh Feb 27th, 11:21pm Dan apakah perbezaan jawapan dan jawaban? Adakah jawapan masih boleh diguna?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, makna perkataan sukar adalah susah. Kedua-dua perkataan tersbeut sama makna. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.Ejaan27.02.2015
apakah makna dan maksud serta pengertian dia antara pentadbiran dan pengurusan?.Apakah perbezaan dan persamaan di antara keduanya?Antara keduanya mana yang lebih luas pengertian dan skop tugas kedua perkara tersebut.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, pentadbiran ditakrifkan sebagai perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan. Manakala pengurusan ialah perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll).

Daripada takrifan dari segi bahasa, kedua-duanya mempunyai makna yang hampir sama.

Dalam Glosari Korporat terbitan DBP, pengurusan ialah proses atau bentuk kerja yang menggunakan segala sumber ekonomi dan manusia untuk menyiapkan sesutau kerja yang diharapkan.


Untuk memahami dengan jelas konsep secara terperinci, tuan boleh merujuk bahan rujukan yang membincangkan pentadbiran dan pengurusan dalam bidang sosiologi.
Makna19.03.2014

Kembali ke atas