Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segi empat yg setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya 90°; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segi empat yg mempunyai empat sem­padan yg sama dan bersudut tepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
teorem Pythagorasteorem yg menyatakan bahawa pd segi tiga yg bersudut tepat luas segi empat sama pd garisan sendengnya sama dgn jumlah luas segi empat sama pd sempadan-sempadan sudut tepat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
segi empat samasegi empat yg setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya 90°;Kamus Dewan Edisi Keempat
segi empat samasegi empat yg mempunyai empat sem­padan yg sama dan bersudut tepat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kubus(Mat) bongkah yg mempunyai enam permukaan, yg setiap satunya berbentuk segi empat sama.Kamus Dewan Edisi Keempat
kotak1. sj bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat drpd kadbod, papan, atau logam; 2. bahagian (dlm rumah, sawah, dll) yg bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi; ~ fius kotak yg mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pd dinding rumah, bangunan dsb; ~ hitam alat elektronik yg dipasang pd kapal terbang utk mengumpul dan menyimpan maklumat yg berkaitan dgn penerbangan kapal terbang berkenaan; ~ pos (surat) peti surat; ~ segar bekas di dlm peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar; sampan ~ sampan yg bersekat-sekat (ber­petak-petak); berkotak-kotak 1. berpetak-petak, bersekat­-sekat: sawah yg berkotak-kotak; 2. bercorak spt kotak (bergaris empat persegi): memakai kain pelikat ~ putih dgn jalur-jalur merah; mengotakkan membahagikan sesuatu pd beberapa bahagian yg berasingan, memisah­kan, mengasingkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
teorem(téorem) (Mat) prinsip (dlm ilmu geometri) yg telah dibuktikan secara logik; ~ binomial rumus yg membolehkan sesuatu ungkapan binomial digandakan dgn tidak perlu didarab berkali-kali; ~ Pythagoras teorem yg menyatakan bahawa pd segi tiga yg bersudut tepat luas segi empat sama pd garisan sendengnya sama dgn jumlah luas segi empat sama pd sempadan-sempadan sudut tepat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
empat persegibidang yg empat seginya dan mempunyai sisi yg sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90° (segi empat sama);Kamus Dewan Edisi Keempat
segi empatrajah yg mempunyai empat sempadan. ~ bujur segi empat yg mem­punyai sempadan bersebelahan yg tidak sama dan bersudut tepat. ~ sama segi empat yg mempunyai empat sem­padan yg sama dan bersudut tepat. ~ selari segi empat yg mempunyai sempadan bertentangan yg selari. ~ tepat segi empat yg mempunyai empat sudut tepat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
segi empat(Mat) rajah satah yg mempunyai empat sudut; ~ sama segi empat yg setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya 90°; ~ selari segi empat yg tiap-tiap sepasang sisinya yg ber-tentangan adalah selari; ~ tepat segi empat yg mempunyai dua pasang sisi bertentangan yg sama panjang dan setiap sudutnya 90°.Kamus Dewan Edisi Keempat
empatbilangan tiga dicampur satu (4, IV); ~ belas bilangan sepuluh ditambah empat (14, XIV); ~ besar empat negara yg berkuasa (empat orang dll yg berpangkat); ~ likur ark 24; ~ penahap (penjuru) alam = ~ tepas dunia empat arah yg ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat); ~ persegi bidang yg empat seginya dan mempunyai sisi yg sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90° (segi empat sama); ~ puluh empat kali sepuluh (40, XL); ~ ratus empat kali seratus (400, CD); ~ ratus serba dua pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan yg banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain); ~ segi bidang yg seginya atau sempadannya empat; ~ gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela prb pertuturan orang yg bijak itu selalu tidak diketahui ertinya; ~ susu dua perut sl prb tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dll); berempat yg empat jumlahnya, berjumlah empat: hari yg berikutnya orang ~ itu telah keluar; berempat-empat tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dll) empat jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya: semua harus beratur ~; mereka pergi ~; mengempat; ~ puluh hari berkenduri arwah (utk orang mati) pd hari yg keempat puluh setelah ia meninggal;mengempatkan menjadikan empat (isteri dll): kekanda sendiri telah rela ~ isteri kekanda Sultan; perempat; se~ = satu ~ satu drpd empat bahagian yg sama banyak, suku (41); memperempat membahagi kpd empat bahagian; keempat (peringkat, bilangan, dll) yg nombor empat; keempat-empat kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang dll) sekali; perempatan 1. simpang empat jalan; 2.bahagian yg terdiri drpd suku sesuatu, sukubahagian drpd sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas