Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.hing.ga] | سهيڠݢ

Definisi : sampai ke (bkn masa dll); sampai menjadi: Mengkuang itu dijemur di atas padang atau di tempat-tempat yg lapang ~ kering. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Peribahasa

Barang tergenggam jatuh terlepas.

Bermaksud :

Menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Pantun

PantunSumberTema
Anak gagak terbang keliling, Sehingga lupa mencari makan; Awak hendak orang berpaling, Ke mana muka kan dihadapkan. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kayu tidakkan mati, Bila dicabut sehingga patah; Bagaimana laku tidakkan keji, Bila menurutkan nafsu serakah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila malam sudah berbintang, Bulan bercahaya sehingga subuh; Apabila meminjam harta orang, Pulanglah segera usah bertangguh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang sehingga subuh; Jauh dekat datanglah bala, Bala datang sengketa tumbuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat berguru sampai-sampai, Adat mengaji sehingga khatam; Adat Melayu sama dipakai, Adat berinti akidah Islam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Lama sudah orang menari, Dari senja sehingga subuh; Lama sudah abang menanti, Tapi adinda tambah menjauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari subuh orang mengaji, Berbuat baik sehingga zuhur; Dari jauh abang ke mari, Mengapa adik tidak menegur. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari hulu orang berburu, Turun naik sehingga petang; Dari dahulu abang menunggu, Menanti adik di tangan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang Daik pergi ke ladang, Menanam padi sehingga senja; Orang baik hati penyayang, Menanam budi tiada berkira.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Diam-diam orang ke surau, Mahu mengaji sehingga subuh; Saban malam abang mengigau, Menunggu adik yang pergi jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas