Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.hing.ga] | سهيڠݢ

Definisi : sampai ke (bkn masa dll); sampai menjadi: Mengkuang itu dijemur di atas padang atau di tempat-tempat yg lapang ~ kering. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Peribahasa

Barang tergenggam jatuh terlepas.

Bermaksud :

Menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
repaired fakesetem pinda pulihPentadbiran PerniagaanTiadaSetem yang dipinda sehingga menghasilkan tambahan pada jidar setem iaitu membaiki bahagian yang koyak sehingga sukar dibezakan dengan yang asal.
black holelohong hitamMatematikTiadaLohong hitam: Objek yang terlalu kecut sehingga halaju selepasnya melebihi laju cahaya, apabila jejarinya memendek sehingga menjadi jejari Schwarzschild dan cahayanya tidak berupaya untuk lepas.
incubation periodtempoh pengeramanAIDSTiadaJangka masa kemasukkan patogen ke dalam perumah sehingga timbulnya gejala penyakit. Tempoh ini boleh berlaku dari beberapa jam sehingga bertahun-tahun lamanya. Bagi jangkitan HIV, tempohnya ialah lebih kurang enam minggu.
laborpelahiranPerubatanTiadaProses kelahiran kandungan melalui faraj. Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat yang berlaku secara berterusan. Peringkat pertama bermula dengan pengkontraksian rahim secara regular sehingga pendilatan serviks sepenuhnya. Peringkat kedua bermula daripada akhir peringkat pertama sehingga keluarnya bayi. Peringkat ketiga bermula daripada keluarnya bayi sehingga keluarnya uri dan membran.
latent periodkala pendamBiologiPatologi1. Tempoh yang bermula daripada proses pengjangkitan sehingga ke peringkat penghasilan propagul patogen yang baru. Walau bagaimanapun, terdapat berbezaan pendapat terutama sekali tentang tempoh bermula, dan berakhirnya kala tersebut. lih. kala pengeraman. 2. Tempoh yang bermul daripada proses pengjangkitan faj sehingga ke peringkat lisisnya sel bakteria. 3. Tempoh yang bermula daripada pemerolehan virus sehingga ke peringkat vektor tersebut menjadi infektif.
hard landingpendaratan kerasAeroangkasaTiadaSejenis pendaratan pesawat udara yang kadar penurunannya adalah tinggi sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada struktur.,Sejenis pendaratan pesawat udara yang kadar penurunannya adalah tinggi sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada struktur.
safe life structurestruktur hayat selamatAeroangkasaTiadaReka bentuk struktur yang tegasannya pada setiap komponen sangat rendah sehingga kegagalan lesu tidak berlaku bagi hayat terjangka atau sekurang-kurangnya sehingga satu kala hayat dilalui.
wasting syndromesindrom susut badanAIDSTiadaKeadaan susut berat badan yang dialami oleh pesakit HIV/AIDS sehingga 10% daripada berat badan asal. Tanda-tanda lain termasuk diarea kronik, keletihan kronik dan demam berlarutan sehingga melebihi 30 hari.
Arab-Israeli conflictkonflik Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palestin telah dibuat apabila negara Israel ditubuhkan. Konflik dan keganasan dalam hubungan antara Israel dengan negara jiran Arab boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, perang konvensional seperti yang berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Kedua, peperangan untuk pembebasan seperti yang berlaku pada tahun 1948, kekejaman antara tahun 1970 hingga 1973, dan campur tangan Israel dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1978.
ruminal overloadbeban lebih rumenVeterinarTiadaKeadaan apabila muatan dalam rumen dipenuhi oleh digesta yang terlampau banyak sehingga menyebabkan proses pencernaan terganggu. Kelewatan pencernaan serabut juga boleh mempengaruhi pengumpulan digesta yang terlalu banyak sehingga menyebabkan ternakan sukar bergerak dan mengganggu selera makan.
12345678910...

Kembali ke atas