Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seibu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan? Terima Kasih.

Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri. Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa.

Istilah18.09.2009
Apakah perkataan dalam bahasa inggeris untuk menggantikan perkataan aunty, uncle. sebagai contoh : sibling - adik beradik seibu sebapa parents - ibu bapa terima kasihAunty dan uncle merujuk ibu saudara dan bapa saudara, lazimnya dalam bahasa Melayu disebut mak cik dan pakcik dan ada juga mengikut panggilan seperti mak long dan pak long.Istilah13.04.2015
Kalau sesebuah keluarga mempunyai 2 orang anak, ayat mana yang betul ? (a) Saya mempunyai dua orang adik-beradik. (b) Saya mempunyai seorang adik-beradik. ataupun penggunaan 'adik-beradik' tidak sesuai dalam konteks ini. Kalau begitu, bolehkah pihak tuan sila berikan skop penggunaan perkataan 'adik-beradik' yang betul ? Terima kasih.Perkataan adik beradik bermaksud 1. (beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan(kerana seayah dan seibu), bersaudara. Yang betul ialah saya mempunyai dua orang adik- beradik. Sila rujuj Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 9. Tatabahasa26.03.2009

Kembali ke atas