Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.im.bang] | سأيمبڠ

Definisi : 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.im.bang] | سأيمبڠ

Definisi : 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Garuda diburu layang-layang yang dapat.

Bermaksud :

Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makan makanan seimbang atau makan makanan yang seimbangAyat yang betul ialah Makan makanan yang seimbang.Lain-lain06.10.2020
INDIVIDU SEIMBANG (JERI)Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan saudara bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.  Lain-lain21.08.2010
Menurut Kamus Dewan, maksud "menyeimbangkan'=menjadikan seimbang manakala maksud "mengimbangkan"=menjadikan supaya seimbang. Contoh ayat : Penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha menyeimbangkan /mengimbangkan kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat. Tidak nampak seperti ada apa-apa perbezaan maksud pun. Mohon jelaskan.Berdasarkan definisi tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.Tatabahasa14.08.2013
Amalkan pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan. Di manakah bahagian subjeknya?Bahagian subjek dalam ayat yang diberikan ialah "Amalkan pemakanan yang seimbang".Tatabahasa30.08.2013
Assalamualaikum Tuan, Apakah pandangan profesional tuan jika kami menterjemah kata SCORECARD menjadi "SKORKAD" dalam Bahasa Melayu dan kata BALANCED menjadi "SEIMBANG". Jika terjemahan ini betul, maka bolehlah kita menterjemah istilah BALANCED SCORECARD (istilah bidang pengurusan, perakaunan) menjadi "SKORKAD SEIMBANG" dalam Bahasa Melayu. Kerjasama dan pandangan tuan amat kami hargai. Sekian dan terima ksaih.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah kad skor seimbang.Istilah24.07.2008
Tolong jelaskan penggunaan kata hubung bahawa... Kita perlu memastikan bahawa kita mengikuti amalan pemakanan yang seimbang bagi menjalani kehidupan yang sihat. Penggunaan bahawa dalam ayat ini ...betul tak encikPenggunaan kata "bahawa" pada ayat" Kita perlu memastikan bahawa kita mengikuti amalan pemakanan yang seimbang bagi  menjalani kehidupan yang sihat adalah betul.Tatabahasa19.02.2016
Salam Satu Malaysia, 1. Makanan seimbang penting untuk/kepada kita. (untuk atau kepada,sila beri penjelasan) 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur untuk/kepada nenek. 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya./ Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya. (ayat mana yang betul dan tolong beri penerangan). Soalan yang saya ajukan: Murid saya menulis karangan biografi ayah saya dan nenek saya.Apakah kata ganti nama diri orang yang betul ?(dia atau beliau) Terima kasih atas perkhidmatanyang pihak tuan sediakan.

      1.  Makanan seimbang penting untuk kita.
Penerangan:  Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, berfungsi untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 276). Untuk ayat ini, “makanan seimbang” diperuntukkan untuk kata nama “kita”.
 
2.  Saya menghidangkan semangkuk bubur kepada nenek.
Penerangan:  Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 272). Merujuk kepada ayat ini, kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama am “nenek” .

3.  Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikh.
Penerangan:  Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Justeru, di dalam digunakan untuk tin kerana terdapat ruang yang boleh dilihat secara fizikal.

4.  Kata ganti diri tunggal untuk ayah atau nenek ialah beliau.
Penerangan:  Kata ganti nama diri orang ketiga beliau sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Oleh itu, beliau sesuai digunakan untuk ayah atau nenek.


Tatabahasa15.03.2018
Kemusykilan 1: MANA SATU YANG BETUL. a. Kami akan HADAPI segala rintangan yang mendatang. ATAU b. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. Kemusykilan 2: Mana satu betul. Apakah maksud makanan seimbang? a. Makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. ATAU b. Makanan yang PENTING untuk keperluan tubuh.

1. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang.

2. Makanan seimbang ialah makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. Antara maksud seimbang ialah sesuai.

Tatabahasa18.10.2011
Kepada Tuan/Puan yang dihormati, Saya ingin tanya, " Kita perlu bersenam untuk menjaga kesihatan. Tambahan pula, kita harus mengambil makanan yang seimbang Dan berkhasiat." Penggunaan penanda wacana"Tambahan pula" dalam perenggan ini betul stay salah. Sebab ada pihak yang kata bahawa "Tambahan pula" tidak boleh digunakan sebagai permulaan dalam sesuatu ayat.Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang berikut. Ayat pertama dan kedua bersifat setara dan lazimnya kata sendi nama dan atau serta digunakan dalam konteks yang berikut, seperti  "Kita perlu bersenam dan mengambil makanan yang seimbang serta berkhasiat untuk menjaga kesihatan".Tatabahasa28.10.2022
Kebakaran secara terbuka menyebabkan eko-sistem kita tidak seimbang.

Ejaan yang betul ialah ekosistem.

Ejaan20.11.2011
12345

Kembali ke atas