Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.im.bang] | سأيمبڠ

Definisi : 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.im.bang] | سأيمبڠ

Definisi : 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Garuda diburu layang-layang yang dapat.

Bermaksud :

Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dwarfismkekerdilanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSaiz badan yang kecil atau rendah disebabkan oleh faktor genetik atau perubatan. Kekerdilan ini terbahagi kepada dua, iaitu kekerdilan tak seimbang dan kekerdilan seimbang. Kekerdilan tak seimbang ialah apabila ada antara anggota badan yang bersaiz kecil dan ada yang bersaiz biasa. Kekerdilan seimbang ialah anggota badan berkeadaan kecil dengan saiz yang sama.
equilibrium moisture contentkandungan lembapan seimbangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAras kandungan lembapan kayu yang seimbang dengan keadaan kelembapan bandingan dan suhu tertentu. Dalam keadaan ini kayu tidak akan menjerap lembapan atau mengeluarkannya. Pada kebanyakan kayu, aras ini berjulat antara 25 hingga 30 peratus. Aras ini dipengaruhi oleh sejarah pengeringan kayu. Kandungan lembapan seimbang lebih dikenali dengan singkat Ingeris EMC.
balanced treepepohon seimbangTeknologi MaklumatPerisianPepohon yang mempunyai subpohon yang setiap satunya mempunyai ciri iaitu bilangan turunan di sebelah kiri adalah lebih kurang sama dengan bilangan turunan di sebelah kanan. Rajah pepohon seimbang ditunjukkan seperti di bawah: Rajah 7: Pepohon seimbang
balanced developmentpembangunan seimbangPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha pembangunan menyeluruh yang mengimbangi antara keperluan manusia dengan keperluan untuk melindungi persekitaran. Pembangunan seimbang merangkumi pembangunan fizikal dan material, rohani dan jasmani demi kesejahteraan sejagat secara holistik. Pembangunan ini turut melibatkan pembangunan politik, pembangunan ekonomi, kesaksamaan sosial, penjagaan kualiti alam sekitar, pemuliharaan sumber, pembangunan bandar dan luar bandar dan sebagainya. Pembangunan seimbang biasanya akan melibatkan peruntukan yang besar bagi menjamin kelangsungan yang sempurna.

balanced rationrangsum seimbangVeterinarTiadaLihat diet seimbang.
bilateral balance occlusionoklusi seimbang bilateralPerubatanTiadaOklusi gigi yang seimbang di kiri dan kanan mulut pada semua posisi.
unbalanced circuitlitar tak seimbangSosiologiTiadaLitar yang menyebabkan keadaan seimbang tidak berlaku.
balance occlusionoklusi seimbangPergigianTiadaGigitan yang sekata (sama berat ) sebelah kiri dan kanan rahang. Sekiranya oklusi tidak seimbang, pengasahan setompok dilakukan pada kawasan gigitan yang tinggi. Lihat juga pengasahan setompok.
balanced articulationartikulasi seimbangPerubatanTiada1. Hubungan harmoni permukaan oklusi semasa pada posisi sentrik dan esentrik.,2. Persentuhan serentak semua permukaan oklusi gigi bertentangan di setiap posisi. Sinonim: oklusi seimbang.
euploideuploidPerubatanTiada1. Mempunyai bilangan set kromosom yang seimbang.,2. Individu atau sel yang mempunyai bilangan set kromosom yang seimbang.
12345678910...

Kembali ke atas