Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.lan] | سجالن

Definisi : 1. sama arah (tujuan, pemikiran, dll): hujah mereka ~ dgn hujah kami; 2. bkn garisan selari, sejajar; dua garisan ~ dua garisan yg sejajar; saudara ~ jadi saudara se­ibu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan paling tepat untuk istilah 'Belt and Road' (merujuk pada inisiatif yang digagaskan kerajaan China)?Tuan,

Dalam pangkalan data kami, terdapat perkataan "one belt one road" yang membawa maksud sejalur sejalan (bidang ekonomi).
Istilah28.04.2019
Baru-baru ini kelab motosikal kami telah memutuskan motto "JALINAN SEPADU SEJALANAN" Saya cuma musykil dengan maksud SEJALANAN kerana JALANAN itu sendiri membawa maksud street/tepian jalan. Tidak menggambarkan satu hala tuju. Sesuaikah SEJALANAN itu pada motto kami. Tidakkah ia membawa nilai maksud yang 'rendah'?Mengikut Kamus Dewan Perdana, maksud "jalanan" ialah jalan-jalan yang menjadi tempat lalu lintas orang, kenderaan dan lain-lain. Oleh itu, cadangan moto yang sesuai ialah "Jalinan Teman Sejalan"Lain-lain28.03.2022

Kembali ke atas