Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.ti] | سجاتي

Definisi : asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.ti] | سجاتي

Definisi : sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli: Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu ~.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejati

Puisi
 

Laman tempat orang berjudi,
     Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati,
Abang nak bujang selama mana?


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Please advise BM translation for Pure Joy Pure Love 1. Keriangan Kasih Sejati 2. Keceriaan Kasih Sejati 3. Keriangan Murni, Kasih Sejati 4. Keriangan Sejati Yang mana satu lebih baik. Terima Kasih.Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk frasa pure joy, pure love ialah "kebahagiaan abadi, kasih sejati". Makna02.11.2023
Menurut pepatah, tidak mudah untuk kita mencari sahabat sejati dalam hidup kita. Adakah betul penggunaan tidak di dalam ayat tersebut? Atau perlu digantikan dengan bukan? Yang mana satukah lebih tepat? Tidak atau bukan?Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah  “Bukan  mudah untuk kita mencari sahabat sejati dalam hidup kita.” Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

 



Tatabahasa16.05.2020
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI"

Saudara,

Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll);

Makna perkataan sejati:  asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna01.12.2009
apakah erti jati diri dan cara yang betul menggunakan istilah ini.Jati bermakna sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg. sebenarnya. Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi dan konMakna20.05.2005
apakah maksud bagai aur dengan tebingBerdasarkan sumber rujukan kami peribahasa ini menakrifkan hubungan antara suami dan isteri atau antara sahabat sejati  yang sangat rapat seperti bandingan aur yang bergantung pada tebing.Sastera27.02.2015
Adakah boleh jika 'Dia' digunakan kepada seseorang tokoh/orang yang dihormati dalam penulisan sajak? Contoh: 1) Dia Mahathir. 2) Lahirnya Dia perwira bangsa sejati.Dalam penulisan karya sastera ada satu elemen yang dinamakan "poetic license" atau "lesen berkarya" yang membenarkan pengarang memanipulasikan bahasa mengikut kreativiti mereka.  Jadi penggunaan Dia untuk orang yang dihormati dalam sajak dibolehkan.Istilah15.04.2014
"bagai aur dengan tebing" bermaksud hubungan yang sangat erat. Apa cerita di belakang peribahasa ini kerana maksud harfiahnya sukar dikaitikan dengan maksud kiasannya.Berdasarkan sumber rujukan kami peribahasa ini menakrifkan hubungan antara suami dan isteri atau antara sahabat sejati  yang sangat rapat seperti bandingan aur yang bergantung pada tebing. Tatabahasa28.01.2011
Saya hendak bertanya apakah perbezaan yang betul dan yang sesuai? Saya juga hendak bertanya frasa yang mana betul, di waktu malam atau pada waktu malam?Menurut data kami, perkataan betul bermaksud 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) peribahasa angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; manakala perkataan sesuai ialah 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dengan saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yang lebih ~ untuk dijadikan isteri kamu; 2. berpadanan (dengan), berpatutan (dengan): bunyi besi itu ~ dengan bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sebagai hukuman yang paling ~ untuk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dan lain-lain), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ untuk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium;. Frasa yang betul ialah pada waktu malam kerana perkataan "pada" sesuai merujuk pada waktu dan "di" merujuk pada tempat.

Tatabahasa29.12.2015
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008

Kembali ke atas