Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.ti] | سجاتي

Definisi : asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.ti] | سجاتي

Definisi : sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli: Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu ~.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejati

Puisi
 

Laman tempat orang berjudi,
     Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati,
Abang nak bujang selama mana?


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
verussejatiPerubatanTiadaTiada
dead blackhitam sejatiKomunikasi MassaTiadaTiada
genuine linkhubungan sejatiUndang-undangTiadaTiada
genuine interestminat sejatiKesenianTiadaTiada
authentictulenSejarahTiada1. Sifat yang sah, benar, betul, asli atau sejati.,2. Berhubung dengan sesuatu yang sumbernya tidak boleh dipersoalkan lagi seperti bahan rujukan sejarah.
grid navigationpengemudian gridMeteorologiMeteorologi PerhubunganSistem pengemudian yang menggunakan satu set garis yang arbitrari, yang berbeza dengan pengemudian yang menggunakan garis latitud dan longitud. Carta pengemudian grid terdiri daripada sesuatu set garis lurus (meridian 180� dan 0�. Garis-garis tersebut digunakan sebagai meridian sejati pada peta Mercator. Juga disebut sistem G.
the othersi lainKesusasteraanTiadaKonsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya.

Kembali ke atas