Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ju.rus] | سجوروس

Definisi : sekejap; sebentar: ~ kemudian, ia pun keluar dr biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurus
Kata Terbitan : sejurus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. apakah beza sebentar dengan sejurus ?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sebentar dan sejurus mempunyai maksud yang sama, iaitu sebentar, sejurus, sekejap, sejenak, tidak lama. Penggunaannya dalam ayat adalah bergantung pada konteks dan situasi.

Lain-lain02.02.2010
1. Sejurus tiba di rumah, Ahmad meminum air sebanyak yang dia mahu. 2. Sejurus tiba di rumah, Ahmad meminum air sebanyak yang dimahukannya. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.Ayat yang tepat ialah " Sejurus tiba di rumah, Ahmad minum air sebanyak yang dimahukannya."Tatabahasa26.06.2013
Salam. Kelompangan atau Kelompongan. Bagaimana kita guna perkataan 'sejurus'? 'ditetapkan kerajaaan' atau ditetapkan oleh kerajaan? Terima kasih.
1. Penggunaan yang betul ialah kelompangan. 
2. Sejurus bermaksud sekejap; sebentar. Contoh ayat: Sejurus kemudian, Aminah pun keluar dari biliknya.
3. Penggunaan yang betul ialah ditetapkan oleh kerajaan. 
Tatabahasa20.02.2021
Kumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram sejurus memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara. munsyi, apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat ini? TKKumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram sejurus memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara. Perkataan bergaris ialah perkataan yang tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan penggunaan perkataan yang betul dan binaan ayat yang gramatis.Tatabahasa05.11.2014
Adanya guru bahasa yang telah memberi nasihat agar tidak menggunakan "ia" sebagai ganti nama ketiga kerana dianggap salah. Sejurus dengan itu turut disarankan tidak menggunakan perkataan "ia" dalam sebarang pembentukan ayat mahupun dalam penulisan karangan. Adakah nasihat tersebut tepat?Kata 'ia' sebagai kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan) dan sama makna dengan dia. Kata 'ia' juga boleh digunakan untuk merujuk benda yang dibicarakan. Oleh itu, kata 'ia' boleh digunakan dalam wacana. Walau bagaimanapun jika fungsi 'ia' sebagai kata ganti nama diri ketiga eloklah digunakan 'dia'. Tatabahasa06.02.2011
Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas beliau memasuki Universiti Nilai (Nilai U) adalah kemahiran berbahasa Inggeris semakin baik. Penerima ‘Pinjaman Boleh Ubah’ yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bharu ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dikalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya adalah sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ini kerana beliau sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita dari rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelola oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.Tidak ada soalan yang dikemukakan kecuali teks di atas. Jika puan memerlukan semakan daripada pihak kami, sila lihat teks di bawah:

Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Nilai (Nilai U) ialah kemahiran berbahasa Inggerisnya semakin baik. Penerima "Pinjaman Boleh Ubah" yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bahru ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Kejayaan ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma suatu hari nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dalam kalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya menjadi sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hal ini kerana dia sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelolakan oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.
Tatabahasa19.06.2014
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sejauh pengetahuan saya, kata tanya seperti “apa”, “berapa” , “bila” dan sebagainya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Sekiranya kata tanya tersebut ingin digunakan dalam ayat penyata, maka kata-kata tersebut perlu digandakan. Contohnya, ayat, “Nasri makan apa yang diberikan kepadanya.” adalah tidak tepat. Dalam konteks ini, ayat yang betul ialah “Nasri makan apa-apa yang diberikan kepadanya.” (kata tanya “apa” digandakan). Namun demikian, sekiranya wujud kata penegas seperti “jua”, “juga” dan ‘saja” selepas kata tanya “apa”, kata tanya dalam ayat tersebut perlu digandakan atau tidak? Contohnya, dalam ayat “Nasri makan apa jua yang diberikan kepadanya.” dan “Nasri makan apa saja yang diberikan kepadanya.” Perlukah kata tanya “apa” dalam kedua-dua ayat tersebut perlu digandakan sekirannya kata penegas seperti “jua”, “pun” dan “sahaja” hadir sejurus selepas kata tanya “apa”?

Saudara Boh,

Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Dalam ayat penyata yang mempunyai kata penegas kata tanya yang digunakan dalam ayat tersebut masih digandakan.

Tatabahasa07.06.2010

Kembali ke atas