Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sek;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon maklumat tentang bahan cetakan seperti Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk Kurikulum Kebangsaan bagi kategori Sekolah Prasekolah, Sek Kebangsaan dan Sek Menengah. Adakah bahan tersebut boleh didapati dipasaran ketika ini atau dimana boleh kami dapatkan selain di internet. Sekian Terima kasih.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain14.12.2015
Nor Hidayah Sulaiman Sep 6th, 10:09pm Salam..sy seorang guru di sebuah sekolah agama..sy nk tanya...blh ke DBP membuat sumbangan buku2 dan bahan2 bacaan berbentuk ilmiah utk pusat sumber sek sy?utk pengetahuan,sek sy baru berpindah bangunan baru..seblum ni kami berkongsi bangunan dgn sekolah menengah n xde kemudahan pusat sumber...Terima kasih cikgu. Sila buat permohonan dengan memberi surat rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila hubungi pegawai kami, Cik Nur Liayana Aqilah Zulkefli no. tel. 03-2147 9486 atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada aqilah@dbp.gov.my Moga ia membantu cikgu. Sekian. Terima kasih.Lain-lain06.09.2015
saya mahu memdaftar masuk anak saya ke tahun 1 di sek keb seri merlong,rengit...sekarang anak saya bersekolah di sek.pra long pasia ,sipitang .sabah..soalan saya sekarang bolehkah saya membuat pendaftaran melalui online?Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum.Lain-lain02.10.2013
Cerpen utk murid sek ren dan menengah ada tak?Ikuti perkembangan tersebut melalui laman sesawang DBP di www.dbp.gov.my terima kasihLain-lain24.03.2014
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengah hari Aras 2, Tempat Letak Kereta Pasar Raya Giant, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir!Penggunaan bahasa dalam iklan ini betul, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk tujuan pengesahan bahasa dalam iklan.Lain-lain04.04.2014
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengahari Aras 2, Car Park Pasaraya Giant, Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir!1. Sila betulkan ejaan: TENGAH HARI, PASAR RAYA dan KOMERSIAL.
2. Sila pinda Car Park kepada Tempat Letak Kereta
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.
Lain-lain02.04.2014
masalah penggunaan huruf besar dan kecil di kalangan murid sek ren.Soalan yang dikemukakan terlalu umum dan berbentuk tugasan kuliah. Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta kekeliruan dalam tatabahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelajar IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Soalan sebegini di luar skop perkhidmatankami kerana ia  memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran.Lain-lain16.04.2013
Singkatan bagi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok yang mana betul? A. SK Bandar Baru Sintok B. Sek. Keb. Bandar Baru Sintok
Kedua-dua singkatan tersebut sesuai untuk digunakan.
Lain-lain30.12.2016
Fidah Noor Apr 27th, 2:30pm salam..mcmne cara untuk sy mohon sumbangan buku utk pusat sumber sekTuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-21479464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.Lain-lain27.04.2015
1.Apakah padanan yang sesuai untuk kata roll-call 2. Kata ganti nama ia dalam tatabahasa dewan sek.rendah hanya merujuk makna orang sahaja. Bagaimana pula penggunaannya dalam Tatabahasa dewan terkini yang boleh merujuk orang, haiwan, benda?

1. Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi istilah roll- call ialah panggilan nama.

2. Buku Tatabahasa Dewan yang diguna pakai sekarang (DBP tahun 2008) mengkategorikan kata ‘ia’ sebgai kata ganti diri orang ketiga, halaman 104.
Tatabahasa28.05.2014
12

Kembali ke atas