Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
occasionallyadv (modifying verb) sekali-sekali, sekali-sekala; (modifying adj) kadang kala, kadang-kadang: he still writes to me ~, dia masih menulis kpd saya sekali-sekala; she was petulant and ~ wayward, dia bengkeng dan kadang kala perangainya tdk menentu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anonadv (archaic & liter) soon, kelak, nanti: I shall see you ~, saya akan menemui saudara kelak; ever and ~, sekali-sekali, sekali-sekala, dr semasa ke semasa: ever and ~ she thought of her younger days, sekali-sekali dia teringat akan hari-hari mudanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
once~ in a while, sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala: my colleague enjoys a glass of beer, but only ~ in a while, rakan sekerja saya suka minum bir, tetapi hanya minum sesekali saja; he still goes to the office ~ in a while, dia masih pergi ke pejabat sekali-sekala; ~ more, a. one more time, /sekali, satu kali/ lagi: she was asked to sing the song ~ more, dia diminta menyanyikan lagu itu sekali lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
occasionaladj 1. not regular, infrequent, sekali-sekala, sekali-sekali: he still gets ~ attacks of asthma, sekali-sekala dia masih diserang sakit lelah; you see an ~ car on the village road, sekali-sekala kelihatan kereta di jalan kampung; the forecast is for ~ showers, menurut ramalan cuaca, hujan turun sekali-sekala; 2. (fml & tech) composed etc for special purpose, peristiwa: ~ verse, sajak peristiwa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
odd4. occasional, kadang-kadang, kadang kala, sekali-sekala, sekali-sekali: we do get the ~ obscene call, sekali-sekala kami mendapat panggilan lucah; 5. approximately, more or less, lebih kurang: it will cost him forty ~ dollars, dia terpaksa membayar lebih kurang empat puluh dollar; three hundred ~ people were present, lebih kurang tiga ratus orang hadir; 6. (of number) not even, ganjil: three, five and seven are ~ numbers, tiga, lima dan tujuh ialah nombor ganjil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
timeat a ~, sekali, sekali gus: he ran upstairs three steps at a ~, dia berlari ke atas tiga anak tangga sekali langkah; there are seats for only ten people at a ~, hanya ada tempat duduk utk sepuluh orang sekali; can you carry two at a ~?, boleh kamu bawa dua-dua sekali gus?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moonjarang-jarang sekali, sekali sekala: her son visits her once in a blue ~, anak lelakinya jarang-jarang sekali datang melawatinya; over the ~, (colloq) seronok sangat: she’s over the ~ at winning the award, dia seronok sangat krKamus Inggeris-Melayu Dewan
diametricallyadv completely, sama sekali, sekali-kali, langsung: the two point of view are ~ opposed, kedua-dua pendapat itu bertentangan sama sekaliKamus Inggeris-Melayu Dewan
intervalafter a long ~, lama selepas itu: after a long ~, he finally replied my letter, lama selepas itu, barulah dia menjawab surat saya; at ~s, a. occasionally, sekali-sekali: the machine would stop making its whirring sound at ~s, sekali-sekali jentera itu berhenti mengeluarkan bunyi yg bergetar; b. happening regularly after particular periods of time, pd waktu-waktu tertentu: the bell rang at ~s, loceng berbunyi pd waktu-waktu tertentu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sometimes adv now and then, kadang-kadang, kadang kala, ada kalanya, sesekali, sekali-sekali: ~, on a clear day, we can see the sea from the verandah, kadang kala, pd hari yg cerah, kita dapat melihat laut dr beranda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas