Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
singulative narrationkisahan sekalipengisahan sekalipengisahan sekaliKesusasteraan
expendable launcherpeluncur sekali gunapelancar sekali gunapelancar sekali gunaAeroangkasa
one-off budgetanggaran sekali beribelanjawan sekali beribelanjawan sekali beriSains Politik
once-through lubricationpelumasan sekali lalupelinciran sekali lalupelinciran sekali laluKejuruteraan
once-through lubricationpelumasan sekali lalupelinciran sekali lalupelinciran sekali laluKejuruteraan
one-off expenditurebelanja sekali sajaperbelanjaan sekali sajaperbelanjaan sekali sajaEkonomi
CD-write once (CD-WO)CD-tulis sekaliCD-tulis sekali (CD-WO)CD-tulis sekali (CD-WO)Teknologi Maklumat
dead slow asternmundur perlahan sekaliTiadaundur perlahan sekaliSukan
dead slow aheadmaju perlahan sekaliTiadamaju perlahan sekaliSukan
Write Once Read Many (WORM)Tulis Sekali Baca Banyak (WORM)Tulis Sekali Baca BanyakTulis Sekali Baca Banyak (WORM)Teknologi Maklumat
12

Kembali ke atas