Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diurnal tidepasang surut harianSains MarinTiadaPasang surut yang berlaku sekali air pasang dan sekali air surut dalam sehari. Keadaan ini hanya berlaku di beberapa perairan laut seperti di Laut Jawa, negara Mexico, China dan Vietnam.
lumpsum pawn redeemtionpenebusan gadaian sekali gusEkonomiEkonomi IslamProses pengambilan semula barang gadaian oleh penggadai dengan cara membuat pembayaran sekali gus pada akhir tempoh matang gadaian. Penebusan dilakukan dengan melunaskan pinjaman serta membayar semua upah simpan dengan sekali bayaran sahaja.
one-off budgetbelanjawan sekali beriPentadbiranPentadbiran Awam

Peruntukan kewangan yang hanya diberikan sekali sahaja bagi sesuatu tujuan. Ia tidak berkala seperti bulanan, tahunan atau dwi tahunan. Biasanya belanjawan seperti ini digunakan untuk perbelanjaan yang tidak tetap, tidak berulang dan bersifat hangus. Belanjawan ini biasanya diberikan pada awal tahun dan salah satu cara ia digunakan ialah untuk membeli alat perkakasan dan perabot pejabat.

carrysekali sentuhSukanTiadaKeadaan apabila bola yang tersentuh lama dengan raket dan ini tidak dibenarkan. Bola hanya boleh mengenai muka raket sekali sahaja.
Write Once Read Many (WORM)Tulis Sekali Baca Banyak (WORM)Teknologi MaklumatTiadaKaedah penyimpanan data dalam peranti storan yang hanya boleh dirakam sekali sahaja tetapi boleh dibaca banyak kali. Kawasan peranti storan yang telah digunakan untuk rakaman tidak boleh dipadam atau dirakam semula. Contoh peranti storan adalah seperti Ingatan Baca Sahaja (ROM), CD-ROM dan CD-R.
WORM (write once read many)WORM (tulis sekali baca banyak )Teknologi MaklumatTiadaSistem storan cakera optik yang membenarkan tulisan dibuat hanya sekali tetapi boleh dibaca berkali-kali.
one-time pad encryptionpenyulitan pad sekaliTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan senarai rawak kekunci rahsia penyulitan. Setiap kekunci rahsia tersebut hanya digunakan sekali sahaja. Kaedah ini dianggap paling sempurna. Contohnya, sifer Vernam.
CD-write once (CD-WO)CD-tulis sekali (CD-WO)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi cakera dan pemacu CD-ROM yang membenarkan pengguna merekod data di atas cakera sekali sahaja. Selalunya digunakan sebagai cakera ujian atau sampel sebelum cakera induk disediakan.
hapaxhapaksKesusasteraanTiadaSatu perkataan atau bentuk yang muncul sekali sahaja di dalam sesebuah naskhah. Contoh: kata 'aja' mangkana sira' hanya muncul sekali dalam Hikayat Pandawa Lima.
room nightsekali inapPentadbiran PerniagaanTiadaKiraan inapan pelanggan untuk satu hari satu malam, contohnya pelanggan mendaftar masuk pada pukul 12.00 tengah hari dan keluar pada pukul 12.00 tengah hari keesokan harinya.
12345678910...

Kembali ke atas