Bakul tampah berisi sekam, Sudah diayak tinggallah beras; Kupikul kasih hatiku karam, Hendak mengelak hatiku belas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa menumbuk padi, Kalau dedak menjadi sekam; Untuk apa berbusuk hati, Kalau tidak menjadi dendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagai laut tidak bertepi, Bagai rembang di tengah hari; Dalam sekam ada api, Dalam daging ada duri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya; Tujuh tahun sekam terbakar, Baru sekarang menyala apinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Selasih mekar terang bulan, Umpan dipasang tertangkap ketam; Berkasih sayang biar berpadan, umpama api dalam sekam. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hanyut pandan tiga kelopak, Satu kelopak dipancing rokan; Malam ini sudahlah kunampak, Intan kugenggam menjadi sekam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |