Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.kam] | سکم

Definisi : kulit padi (yg tertanggal setelah ditum-buk dll); ~ menjadi hampa berat prb (kehilangan yg) tidak merugikan sangat; spt api di dlm ~ prb a) perbuatan jahat yg tersembunyi; b) cinta yg terpendam; tiada terbawa ~ prb seseorang yg dungu rupanya tetapi terlalu jahat perangai-nya; tiada terbawa ~ segantang prb keadaan seseorang yg sangat lemah (kerana uzur dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.kam] | سکم

Definisi : kulit padi yg tanggal setelah di­tumbuk (dikisar dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekam

Puisi
 

Hanyut pandan tiga kelopak,
     Satu kelopak dipancing rokan;
Malam ini sudahlah kunampak,
     Intan kugenggam menjadi sekam.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tiada terbawa sekam segantang.

Bermaksud :

Sangat lemah; tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sekam Cinta sarat mesejMohd Nasif BadruddinHarian Metro (Bintang)30.11.2005
Sekam CintaHalim RaniMingguan Malaysia18.09.2005
Api dalam sekam di Jabatan Persuratan MelayuAkhbar:  Berita Harian13.11.2001
Bertindak segera untuk memadamkan api dalam sekamPak SakoUtusan Zaman14.09.1986

Kembali ke atas