Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.kam] | سکم

Definisi : kulit padi (yg tertanggal setelah ditum-buk dll); ~ menjadi hampa berat prb (kehilangan yg) tidak merugikan sangat; spt api di dlm ~ prb a) perbuatan jahat yg tersembunyi; b) cinta yg terpendam; tiada terbawa ~ prb seseorang yg dungu rupanya tetapi terlalu jahat perangai-nya; tiada terbawa ~ segantang prb keadaan seseorang yg sangat lemah (kerana uzur dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.kam] | سکم

Definisi : kulit padi yg tanggal setelah di­tumbuk (dikisar dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekam

Puisi
 

Hanyut pandan tiga kelopak,
     Satu kelopak dipancing rokan;
Malam ini sudahlah kunampak,
     Intan kugenggam menjadi sekam.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tiada terbawa sekam segantang.

Bermaksud :

Sangat lemah; tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sekam menjadi hampa berat.Tiada akan merugikan sedikit juga, jika daripada yang banyak itu hilang sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terbawa sekam segantang.Sangat lemah; tidak berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api makan sekam (= dedak).Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api makan (= dalam) sekam.Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Manikam sudah menjadi sekam.Tidak berguna lagi; tidak berharga lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tikus masuk roman.Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidur tak lelap, makan tak kenyang.Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas