Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.kat] | سکت

Definisi : 1. sesuatu (dinding, tabir, dll) yg mem-bahagi-bahagikan ruangan: di antara kedua-dua tempat tidur mereka dipasang ~; ~ hidung bahagian antara kedua-dua lubang hidung; 2. = sekatan halangan, galangan, rintangan; bersekat 1. mempunyai (memakai) sekat: rumah itu tidak berbilik, hanya ~ di antara bahagian dapur dgn bahagian depan; 2. ada had atau batasnya (kuasa dll); bersekat-sekat mempunyai banyak sekat, terbahagi-bahagi oleh sekat (ruang bilik dll); menyekat 1. = menyekati memisahkan (membahagi-bahagikan) dgn sekat, memberi bersekat: ruang yg besar itu disekat menjadi beberapa bilik kecil; 2. = menyekati menahan supaya tidak merebak atau me­limpah (penyakit, air, dll), membatasi, mem­bendung, menghalang: jika lekas diubati, penyakit itu akan dapat disekat drpd me­larat; pasukan keselamatan akan dapat ~ gerila-gerila itu drpd bermaha-rajalela; 3. membatasi (menye­kap, mengasing-kan) diri; tersekat kena sekat, disekati, terhalang: pan-dangannya ~ oleh daun-daun pisang yg menghijau; tersekat-sekat terputus-putus (suara dll), tersangkut-sangkut: suaranya itu ~ sedikit keluarnya; sekatan 1. benda (dinding dll) yg mem­bahagi-kan sesuatu, sekat; 2. rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hen­­daklah dibatal-kan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagi-bahagikan oleh sekat; penyekatan perbuatan menyekat; penyekat 1. sesuatu yg digunakan utk me-nyekat, tabir, tebeng: ~ kekisi; 2. sesuatu yg menyekat (menggalang, menghalang, merin­­tangi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.kat] | سکت

Definisi : IB, bp bermain melincir di atas air batu (dgn kasut yg berpisau). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.kat] | سکت

Definisi : alat yg digunakan utk membahagi-bahagikan sesuatu ruang dll: Di dlm bilik yg sempit itu, dipasang pula ~ drpd kadbod. bersekat 1 ada sekatnya; me­makai sekat: ruang yg tidak ~. 2 ki ber­batas; terhad: Kuasa diktator tidak ~. menyekat 1 membahagi-bahagikan se­suatu ruang dgn sekat; memisah­­kan dgn sekat; mengadang: Mereka telah ~ tempat kaum wanita dr tempat kaum lelaki dgn tabir. 2 menahan supaya tidak merebak atau tidak melimpah; me­nahan supaya tidak dpt maju; meng­halang: Tentera kita telah berjaya ~ ke­maraan tentera musuh. sekatan 1 alat yg digunakan utk menyekat sesuatu; sekat. 2 apa-apa yg menghalang se­suatu pergerakan dll; hasil menyekat; halangan; rintangan: ~ ekonomi terhadap negara itu masih berjalan sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
bulkheadsekatsekatsekatKejuruteraan Kapal Terbang
bulkheaddinding; sekatdinding; sekatdinding; sekatAeroangkasa
pressure bulkheadsekat tekanansekat tekanansekat tekananKejuruteraan Kapal Terbang
internal bafflessekat dalamsekat dalamsekat dalamKejuruteraan Kapal Terbang
cylinder bafflessekat silindersekat silindersekat silinderKejuruteraan Kapal Terbang
fascicular blocksekat fasikularsekat fasikularsekat fasikularPerubatan
fireproof bulkheadsekat tahan apisekat kalis apisekat kalis apiKejuruteraan Kapal Terbang
intercylinder bafflessekat antar silindersekat antara silindersekat antara silinderKejuruteraan Kapal Terbang
lockout intervalselang sekatselang sekatselang sekatPerubatan
bulkhead passagelaluan sekatlaluan sekatlaluan sekatKejuruteraan Kapal Terbang
123456

Kembali ke atas