Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.kat] | سکت

Definisi : 1. sesuatu (dinding, tabir, dll) yg mem-bahagi-bahagikan ruangan: di antara kedua-dua tempat tidur mereka dipasang ~; ~ hidung bahagian antara kedua-dua lubang hidung; 2. = sekatan halangan, galangan, rintangan; bersekat 1. mempunyai (memakai) sekat: rumah itu tidak berbilik, hanya ~ di antara bahagian dapur dgn bahagian depan; 2. ada had atau batasnya (kuasa dll); bersekat-sekat mempunyai banyak sekat, terbahagi-bahagi oleh sekat (ruang bilik dll); menyekat 1. = menyekati memisahkan (membahagi-bahagikan) dgn sekat, memberi bersekat: ruang yg besar itu disekat menjadi beberapa bilik kecil; 2. = menyekati menahan supaya tidak merebak atau me­limpah (penyakit, air, dll), membatasi, mem­bendung, menghalang: jika lekas diubati, penyakit itu akan dapat disekat drpd me­larat; pasukan keselamatan akan dapat ~ gerila-gerila itu drpd bermaha-rajalela; 3. membatasi (menye­kap, mengasing-kan) diri; tersekat kena sekat, disekati, terhalang: pan-dangannya ~ oleh daun-daun pisang yg menghijau; tersekat-sekat terputus-putus (suara dll), tersangkut-sangkut: suaranya itu ~ sedikit keluarnya; sekatan 1. benda (dinding dll) yg mem­bahagi-kan sesuatu, sekat; 2. rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hen­­daklah dibatal-kan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagi-bahagikan oleh sekat; penyekatan perbuatan menyekat; penyekat 1. sesuatu yg digunakan utk me-nyekat, tabir, tebeng: ~ kekisi; 2. sesuatu yg menyekat (menggalang, menghalang, merin­­tangi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.kat] | سکت

Definisi : IB, bp bermain melincir di atas air batu (dgn kasut yg berpisau). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.kat] | سکت

Definisi : alat yg digunakan utk membahagi-bahagikan sesuatu ruang dll: Di dlm bilik yg sempit itu, dipasang pula ~ drpd kadbod. bersekat 1 ada sekatnya; me­makai sekat: ruang yg tidak ~. 2 ki ber­batas; terhad: Kuasa diktator tidak ~. menyekat 1 membahagi-bahagikan se­suatu ruang dgn sekat; memisah­­kan dgn sekat; mengadang: Mereka telah ~ tempat kaum wanita dr tempat kaum lelaki dgn tabir. 2 menahan supaya tidak merebak atau tidak melimpah; me­nahan supaya tidak dpt maju; meng­halang: Tentera kita telah berjaya ~ ke­maraan tentera musuh. sekatan 1 alat yg digunakan utk menyekat sesuatu; sekat. 2 apa-apa yg menghalang se­suatu pergerakan dll; hasil menyekat; halangan; rintangan: ~ ekonomi terhadap negara itu masih berjalan sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catch ratlinetali sekat pautSukanTiadaTali sekat ke-5 atau ke-6 yang meliputi kesemua tali suai tiang mercu bawah.
acoustic bulkheaddinding sekat akustikPelayaranTiadaDinding sekat dalam kapal yang mempunyai sifat akustik.
collision bulkheaddinding sekat langgarKejuruteraanTiadaDinding sekat kedap air di bahagian haluan kapal yang bertujuan menghalang air membanjiri ruang kargo jika berlaku perlanggaran.
forepeak bulkheaddinding sekat ceruk luanKejuruteraanTiadaDinding sekat kedap air di bahagian haluan kapal yang bertujuan menghalang air membanjiri ruang kargo jika berlaku perlanggaran.
blockbongkah; sekat; blok; takal; adang (Tenis)Pentadbiran PerniagaanTiada2. Sekat: Keadaan bilik yang ditempah untuk penginap atau sekumpulan penginap tertentu.
after peak bulkheaddinding sekat ceruk buritanPelayaranTiadaDinding sekat depan ruang ceruk buritan kapal.
bulkhead coamingbibir dinding sekat(an)SukanTiadaBahagian teratas platan dalam dinding sekat superstruktur seperti bahagian anjungan, kekota atau kekota depan.
bulkhead stiffenerpengukuh dinding sekat(an)SukanTiadaStruktur yang dipasang pada plat dinding sekat untuk menguatkannya dari tekanan air atau kargo.
septulumsekat; septulumPerubatanTiadaTiada
lockoutsekat masuk; kunci keluarKejuruteraanTiada2. Kunci keluar: Keadaan pada litar telefon yang dikawal oleh dua peranti beroperasi suara, apabila hingar litar tempatan yang berlebihan atau pertuturan yang berterusan dari salah satu atau kedua-dua pelanggan menyebabkan ketakupayaan salah satu atau kedua-dua pelanggan untuk mendapatkan panggilan.
12345678910...

Kembali ke atas