Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.ta] | سکات

Definisi : 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza­ beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.ta] | سکات

Definisi : 1 sama bunyinya. 2 tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Kalau sudah tetak nipah,
     Mari kita mengambil rumbia;
Kalau sudah kujumpa ayah,
     Barulah padan seia sekata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rentak sedegam,
     langkah sepijak.

Bermaksud :

Seia-sekata; semuafakat. degam = bunyi gemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stripe figurecorak jejalurPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCorak yang terhasil daripada pemotongan rentang kayu yang mempunyai ira bersimpul dan menghasilkan corak jejalur yang sekata atau tak sekata mengikut spesies kayu.
irregular polygonpoligon tak sekataMatematikTiadaPoligon yang bukan poligon sekata.
irregular rotationputaran tak sekataSukanTiadaPutaran badan atau alat yang tidak sekata. Markah akan ditolak.
fish shoalkawanan sekataPerikananTiadaKelompok ikan pelagik yang berenang secara berkumpulan dalam jarak yang sekata. Kelompok ikan ini berenang mengikut spesies, sama ada dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil.
gravitational instabilityketakstabilan gravitiMatematikTiadaKecenderungan sesuatu medium tak sekata yang melebihi saiz genting, lama-lama menjadi semakin tidak sekata lagi disebabkan oleh tarikan graviti yang dianggap sebagai proses pembentukan galaksi.
homogenizationpenghomogenanMakanan dan PemakananMakanan1. Proses apabila titisan lemak diemulsi secara sekata dan tidak terasing daripada cecair atau air yang terkandung dalam produk tersebut. 2. Proses menjadikan saiz bahan sekata dan sama. Sebagai contoh, proses ini digunakan dalam penyediaan sampel makanan sebelum dianalisis kandungan nutriennya.
undulatusundulatusMeteorologiMeteorologi PerhubunganVarieti awan berbentuk tompokan atau lapisan yang beralun-alun. Alunan dapat dilihat di lapisan awan sekata atau dilihat di lapisan awan sekata atau di dalam awan yang mempunyai unsur-unsur yang terpisah atau bercantum. Varieti awan ini khusus dikaitkan dengan awan sirokumulus, sirostratus, altostratus, altokumulus, stratokumulus, dan stratus.
Kohler illuminationiluminasi KohlerFizikOptikKaedah iluminasi bagi mikroskop optik yang menggunakan gegelung filamen atau sumber-sumber lain yang berbentuk tak sekata atau mempunyai kecerahan tak sekata.
heterogeneousheterogenusPertanianAgroteknologiSatu keadaan populasi tanaman atau ternakan yang mempunyai kepelbagaian sifat yang ketara atau tidak sekata berpunca daripada baka yang berbeza-beza. Keadaan ini boleh disebabkan oleh kacukan antara induk yang berasal dari tempat yang berlainan. Populasi heterogenus mempunyai kelebihan berbanding dengan populasi sekata atau homogenus kerana sekiranya wujud serangan penyakit, tidak semua tanaman akan dimusnahkan kerana terdapat baka yang tahan terhadap penyakit itu. Sebaliknya, kelemahan populasi heterogenus ialah ia tidak memberi hasil yang sekata bentuk atau kualitinya.
center of gravitypusat gravitiSains SukanBiomekanikPusat tumpuan jisim dan berat yang diseimbangkan dalam semua arah. Contohnya, bagi objek yang berbentuk sekata atau simetri, pusat gravitinya terletak di tengah-tengah atau titik simetri objek tersebut. Bagi objek yang berbentuk tidak sekata, pusat graviti objek tersebut berkemungkinan boleh terletak di dalam objek atau pun di luar objek tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas