Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.tan] | سکتن

Definisi : 1. benda (dinding dll) yg mem­bahagi-kan sesuatu, sekat; 2. rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hen­­daklah dibatal-kan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagi-bahagikan oleh sekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.tan] | سکتن

Definisi : 1 alat yg digunakan utk menyekat sesuatu; sekat. 2 apa-apa yg menghalang se­suatu pergerakan dll; hasil menyekat; halangan; rintangan: ~ ekonomi terhadap negara itu masih berjalan sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKATAN

Sekatan ialah rondaan yang dibuat di pantai

negara musuh oleh kapal perang dan kapal

terbang untuk menghalang negara itu daripada

menerima barangan yang diperlukan untuk

berperang. Negara yang mempunyai tentera laut

yang mencukupi dapat menggunakan sekatan

untuk menghalang musuhnya daripada

memperoleh bekalan senjata, makanan dari

negara-negara berkecuali.

UMUM 
SISTEM BENUA

Sistem benua, merupakan usaha menahan

perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara

Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an.

Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara

perang ekonomi menentang United Kingdom.

Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri

Berlin pada 21 November 1806 yang

mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah

negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini

diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada

kapal berkecuali yang berlabuh di United

Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang

Semenanjung dalam usaha sia-sianya

menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya

itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan

Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I

(Kejatuhan kuasanya).

UMUM 
EMPANGAN

Empangan ialah sekatan yang diletakkan

merentangi sungai untuk menyekat arus air. Saiz

empangan berbeza-beza daripada empangan tanah

yang kecil atau ketulan batu-batan kepada struktur

konkrit yang setinggi pencakar langit.

UMUM 
DEKRI MILAN

Dekri Milan ialah langkah asas dalam Sistem

Benua Napoleon, iaitu satu sekatan yang dikenakan

terhadap Great Britain. Napoleon mengeluarkannya

pada 17 Disember 1807 kerana membalas dendam

terhadap Britain.

UMUM 
DASAR KULIT PUTIH AUSTRALIA

Dasar kulit putih Australia ialah nama yang

popular bagi dasar lama imigresen Australia.

Undang-undang ini berdasarkan Akta Sekatan

Imigresen, yang diluluskan pada tahun 1901

oleh kerajaan persekutuan yang baru dibentuk.

UMUM 
MADISON, JAMES

Madison, James (1751–1836) ialah presiden

keempat Amerika Syarikat yang berkhidmat dari

tahun 1809 hingga tahun 1817. Dia digelar “Bapa

Perlembagaan Amerika Syarikat“ kerana dia

merancang sistem sekatan dan imbangan yang

boleh mengawal kerajaan Amerika Syarikat. Dia

menjadi presiden Amerika Syarikat semasa perang

tahun 1812 antara Amerika dan Britain. Madison

lahir pada 16 Mac, 1751 (5 Mac mengikut kalendar

yang digunakan pada masa itu), di Port Conway,

Virginia, pada waktu itu koloni British. Pada tahun

1776, dia berkhidmat di Majlis Perundangan

Virginia yang pertama yang menemukannya

dengan Thomas Jefferson (lihat Jefferson, Thomas ).

Pada tahun 1779, Madison telah dipilih untuk ke

Kongres Benua, dan kembali pada tahun 1783

untuk berkhidmat selama tiga penggal di dewan

perundangan negeri Virginia.

UMUM 
KEGAGAPAN

Kegagapan yang juga dikenali sebagai gagap

ialah suatu bentuk pertuturan yang bersifat

ulangan bunyi atau suku kata dengan cara

mengeluarkan bunyi yang panjang, teragak-agak

atau dengan sekatan kata-kata yang lengkap

apabila tidak ada bunyi dikeluarkan.

UMUM 
TABIR BESI

Tabir Besi, adalah suatu frasa yang dipopularkan

oleh Sir Winston Churchill pada tahun 1940-an.

Frasa ini merujuk kepada dasar pemencilan

Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia II. Kesatuan

Soviet mengenakan sekatan perdagangan dan

penapisan yang tegar sehingga menyekat negara

tersebut dan negara “satelit” Eropah Timurnya

daripada dunia luar.

UMUM 
METER GAS

Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu

gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah

kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di

tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang

berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan

boleh bergerak, yang membahagikannya kepada

dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat

kebuk yang berasingan.

UMUM 
ADRIAN IV

Adrian IV (kira-kira tahun 1110–1159) ialah satu-

satunya paus Inggeris. Dia dilantik menjadi paus

pada tahun 1154. Pada masa pelantikannya,

pemberontakan menentang institusi paus sedang

berleluasa di bandar Rom. Adrian meletakkan Rom

di bawah sekatan agama. Dengan bantuan

Maharaja Rom Holy, Frederick I, Adrian berjaya

mengawal semula bandar tersebut. Adrian banyak

membuat tuntutan untuk menguatkan kuasa paus

dan dasarnya terhadap maharaja Frederick

mencetuskan pemisahan yang serius antara

Empayar Rom dengan institusi paus selepas

kematiannya. 

UMUM 
12

Kembali ke atas