Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehx komplemen menjadi predikat?"Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah bahawa sekatan pergerakan penuh perlu dilaksanakan tanpa sebarang pengecualian." Ini contoh ayat yang diberikan oleh Cikgu Ghalib Yunus. Tapi ramai yg kata xboleh. Mohon penjelasan tuan.Ayat yang betul ialah Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah pelaksanaan sekatan pergerakan penuh tanpa sebarang pengecualian.Tatabahasa29.08.2021
Assalamualaikum WBT. Boleh saya dapatkan istilah BM yang tepat bagi perkataan "lockdown"? Terima kasih

Berdasarkan semakan data kami, padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

lockdown - sekatan pergerakan

Maklumat boleh dicapai melalui https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lockdown&d=28648&#LIHATSINI


Lain-lain24.05.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020

Kembali ke atas