Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekawan

Puisi
 

Terbang sekawan burung jelatik,
     Terbang nampak kepalanya merah;
Pilih bini yang cantik,
     Tapi nak harga murah.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Kerbau sekandang dapat digembalakan,
     manusia seorang tiada terjaga.

Bermaksud :

Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Ikan bertutu sekawan, dua sekawan, Joran kail patah, jangan dipatah; Jika begitu puan, katamu puan, Kecil tangan kutadah, nyiru kutadah.Pantun Melayu SarawakBergendang
Tiga sekawan pasukan gempur, Sayur buah bawa ke Selat; Tija terpukau sirih sekapur, Masyhur Tuah kerana Jebat.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Terbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Terbang tinggi sekawan burung, Hinggap menghisap madu bunga; Melentur buluh dari rebung, Dapat melihat hasil buahnya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kenari burung sekawan, Ambil padi saya taburkan; Hati rindu bertambah rawan, Tempat mana nak saya hiburkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kerbau banyak makan sekawan, Belanak bertutu ikan haruan; Aku ini igau-igauan, Anakku banyak jadi jutawan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak merpati terbang sekawan, Marilah hinggap di balairung seri; Buahnya letik jangan nan rawan, Pun damik dalam negeri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Burung merpati terbang sekawan, Hinggap di hujung ruang seri; Buah hati diamlah tuan, Bonda berada di dalam negeri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
123

Kembali ke atas