Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kejap1
1. Dalam konteks mata
bersinonim dengan kelip, kedip, kerlip, kenyit, kebil,
(kata kerja:)

2 Bersinonim dengan sebentar
( sekelip, seketika, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekejap, mengejapkan, terkejap-kejap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan-tuan , bolehkah beritahu saya antara perbezaan / kegunaan perkataan mengacau dengan mengacaukan?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “mengacau” merupakan kata kerja tak transitif yang bermaksud mengganggu atau menimbulkan keadaan tidak tenteram atau tidak aman dan mengaduk sesuatu supaya bercampur. Contoh ayat: Sekejap lagi, cucunya akan bangun dan mengacau di dapur. Perkataan “mengacaukan” pula merupakan kata kerja transitif yang bermaksud mengacau sesuatu untuk seseorang dan menjadikan sesuatu hal bercampur dengan sesuatu hal yang lain. Contoh ayat: Saya terpaksa mengacaukan adik-adik saya bubur sebelum ke sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana muka surat 931–932 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 88-89.

Tatabahasa27.03.2024
(i ) perbezaan maksud sebentar & sekejap. Apabila merujuk kamus, maksudnya sama ttpi dalam soalan pmr, jawapan yg diterima sekejap dan bukannya sebentar (ii) Ayat: Asap-asap dari kilang-kilang mencemari alam sekitar. Mengapakah kata yg salah asap-asap dan bukannya mencemari

(i) Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sebentar sama maksud dengan sekejap, seketika. Saudara digalakkan merujuk perkara ini kepada pihak yang menggubal soalan tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

(ii)  Merujuk ayat tersebut, kilang-kilang sudah menunjukkan jamak, oleh itu perkataan asap tidak perlu digandakan lagi.

Tatabahasa26.07.2010
Assalamualaikum w.b.t Saya seorang pelajar dari pusat asasi UIAM. Saya ingin bertanya lagi sekali, mengapa orang Malaysia sangat suka menyingkatkan perkataan sepertiĀ sudah menjadi dah ? atau sekejap menjadi japĀ ? adakah kerana sifat bangsa kita malas atau sebaliknya ? Saya mohon pencerahanSalam sejahtera,

Penggunaan singkatan pada perkataan

Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi.  

Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi  pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti  Kamus Dewan dan Kamus Pelajar

Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya.  

Sekian, untuk makluman.


Lain-lain25.10.2020
mengapa meda elektronik sekarang menggunakan perkataan "baharu" berbanding perkataan "baru"? adakah terdapat perubahan tatabahasa atau wujud perbezaan antara kedua-dua perkataan ini?Tidak terdapat apa-apa perubahan dalam tatabahasa. Baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Oleh sebab itu penggunaan baharu adalah lebih tepat untuk menunjukkan sesuatu yang baharu, misalnya, Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi. Kedua-dua maksud ini memang berbeza dari segi penggunaannya.T.kasih.Lain-lain30.10.2008
1.Saya ingin mendapat penjelasan bilakah masanya kita perlu menggunakan....ramai orang dan banyak orang? 2. perkataan baharu dan baru yang mana lebih tepat 3. tali leher seutas atau sehelai 4.kalau banyak kunci dipanggil segugus tapi kalau satu kunci kita panggil apa? Mohon penjelasan dari pihak tuan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih

1. Kedua-duanya boleh digunakan. Kebiasaanya ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan

2. Kedua-duanya betul. Baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Contoh penggunaan baharu  Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi.

3. Sehelai tali leher.

4. Sebatang kunci.

 

Tatabahasa21.07.2009
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. 5. Ejaan yang betul bagi pejabat cawangan adakah ditulis dengan Pejabat Cawangan? 6. Ejaan yang betul bagi pejabat cawangan Muar adakah ditulis dengan Pejabat Cawangan Muar? 7. Ejaan yang betul bagi Unit Cap Keselamatan kawalan pintu keluar masuk / cawangan adakah ditulis dengan Unit Cap Keselamatan Kawalan Pintu Keluar Masuk/Cawangan? 8. Ejaan yang betul bagi pejabat perwakilan Malaysia di luar negara adakah ditulis dengan Pejabat Perwakilan Malaysia Di Luar Negara? 9. Penggunaan ejaan baru dan baharu. Apakah perbezaannya ejaan tersebut dan pada masa penggunaannya yang sesuai? 10. Ejaan yang betul bagi Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor adakah ditulis dengan Bahagian Keselamatan & Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor(a) Menurut data kami, ejaan yang betul ialah i. Pejabat Cawangan (pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar sekiranya sebagai kata nama khas) ii. pejabat cawangan  (ditulis dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat).

(b) Ejaan yang betul ialah i. Unit Cap Keselamatan Kawalan Pintu Keluar Masuk ii. Unit Cap Keselamatan Kawalan Cawangan

(c) Ejaan yang betul ialah Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara (di- dieja dengan huruf kecil)

(d) Menurut data kami, baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Contoh penggunaan baharu  ialah Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi.

(e) Ejaan yang betul ialah Bahagian Keselamatan dan Pasport, Jabatan Imigresen Johor. (dan dieja dengan huruf kecil)
Lain-lain08.04.2019

Kembali ke atas