Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ke.rap] | سکرڤ

Definisi : 1. bahan buangan atau barang yg telah digunakan, terutamanya logam, yg dipungut dan diproses semula: logam ~; 2. sisa drpd sesuatu; getah ~ getah buku drpd sisa lelehan susu getah yg telah mengeras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ke.rap] | سکرڤ

Definisi : bahan buangan yg boleh di­proses semula: besi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekerap


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sekerap tanah[s«.k«.ÄAp tA.nAh] sekerap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap batang.Kalau rajen kopek sekerap tanah, boleh jual.[kA.lAw ÄA.dZen ko.pe/ s«.k«.ÄAp tA.nAh bo.leh dZu.wAl]Kalau rajin kupas skrap tanah, boleh dijual.
sekerap carang[s«.k«.ÄAp tSA.ÄAN] sekerap yang terdapat pada bekas torehan pada pokok getah.Sekerap carang kalau tebal, senang kopek.[s«.k«.ÄAp tSA.ÄAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/]Skrap carang kalau tebal, senang dikopek.
sekerap batang[s«.k«.ÄAp bA.tAN] skrap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap tanah.Sekerap batang kalau tebal, senang kopek.[s«.k«.ÄAp bA.tAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/]Skrap batang kalau tebal, senang dikopek.

Kembali ke atas