Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.kian] | سکيان

Definisi : 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian­-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. se­hingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.kian] | سکيان

Definisi : 1 sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian: ~lah yg dpt saya ceritakan kpd tuan-tuan sekalian. 2 = sekian-sekian tertentu (bkn hari, bilangan dll): Dia akan datang pd ~ hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kian (kata tugas)
Bersinonim dengan makin, makin bertambah, lagi;,
Kata Terbitan : sekian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekian. Terima kasih atau Sekian, terima kasih. tuan, mohon jawapan yang mana betul?Jawapan yang betul ialah Sekian, terima kasih. Lain-lain15.12.2021
Yang manakah yang lebih tepat? "Sekian, terima kasih" atau "Sekian. Terima kasih." Boleh tuan/puan jelaskan perbezaan antara keduanya? Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Kedua-dua frasa tersebut betul peggunaannya kerana menggunakan tanda baca yang betul.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain10.04.2019
Selamat Sejahtera. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya memiliki beberapa jenis buku encyclopedia dan sebagainya milik bapa saya. Saya inging menyumbangkan buku buku tersebut kepada dewan bahasa dan pustaka. Apakah cara atau bagaimana saya boleh sumbangkan buku buku tersebut. Sekian Terima kasih Sekian Rizuan Bin Abdullah 012-6526079Salam Encik Rizuan budiman,

Dengan hormatnya perbualan telefon pada 4 November 2019 (isnin) pukul 8.15 pagi dirujuk.

Pihak DBP mengucapkan ribuan terima kasih dan sangat mengalu-alukan sumbangan buku ensiklopedia tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan bolehlah menghantar buku-buku tersebut kepada:

Ketua Bahagian,
Bahagian Komunikasi Korporat,
Aras 7, Menara DBP.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
50460 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi, Puan Siti Irni Yuslinda binti Mosman, melalui talian telefon, 03-2147 9483 atau e-mel sitiirni@dbp.gov.my,

Sekian, terima kasih.
Lain-lain29.10.2019
Ingin bertanya tentang peletakan tanda baca. Mana yang betul? Ali@ Ahmad ATAU Ali @ Ahmad Sekian.Salam sejahtera,

Penggunaan yang betul: Ali atau Ahmad.

Simbol perlu dieja penuh jika dalam ayat.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain30.04.2019
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah wujud perkataan "bimbingkan" di dalam bahasa Melayu? Harap pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

bimbing + kan (bimbingkan) boleh digunakan dalam ayat suruhan. 

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa30.09.2020
Assalamualaikum, Jikalau tuan hendak belayar, seyogia/seyogianyanya hamba dibawa. Adakah perkataan "seyogia" itu perlu ditambahkan dengan "nya" ataupun cukup sahaja dengan mengekalkan perkataan "seyogia" sahaja? Sekian Terima kasih/Terima Kasih/terima kasih? Sekian yang dipinta ...

Seyogia bermaksud sewajarnya atau sepatutnya. Perkataan yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah seyogianya, iaitu Jikalau tuan hendak belajar, seyogianya hamba dibawa.   

Makna10.10.2021
Salam sejahtera. Soalan sejahtera. Soalan saya: di bawah ini, mana satukah adalah tepat 1. e daftar atau E Daftar atau e-Daftar? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Penggunaan yang betul ialah e-daftar.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.12.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon penerangan mengenai istilah 'satira'. Bilakah istilah ini masuk kedalam daftar kata Bahasa Melayu dan Kamus Dewan? Sekian terima kaseh.Maklumat berkenaan dengan kata satira yang dimasukkan dalam kamus dan daftar kata terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah seperti yang dilampirkan. Sekian, terima kasih.Lain-lain05.05.2021
Sy ingin tahun cara utk mengambil bahagian dlm Festival Bahasa dan Sastera. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Untuk makluman, maklumat berkaitan aktiviti Festival Bahasa dan Sastera boleh diperoleh daripada:

Facebook Festival bahasa dan Sastera 2020
atau layari laman web DBP dan muat turun borang penyertaan tersebut seperti lampiran.

Sekian, Terima kasih.

Lain-lain02.03.2020
Salam sejahtera, Para peniaga di pasar malam mulai/mula tiba. (perlu tambah imbuhan akhiran atau tidak perlu) Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Ayat yang tepat ialah Para peniaga di pasar malam mula tiba. perkataan Mula membawa maksud paling awal atau dahulu sekali. Oleh itu, imbuhan akhiran tidak perlu digunakan.

Sekian.

Tuan/puan boleh melayari pusat rujukan persuratan melayu atau prpm.dbp.gov,my untuk mengetahui lebih lanjut.
Pengembangan25.02.2020
12345678910...

Kembali ke atas