Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ki.tar] | سکيتر

Definisi : 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ki.tar] | سکيتر

Definisi : sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara sekitar kawasan dengan kawasan sekitar?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal.Lain-lain28.09.2021
Salam sejahtera.Saya nak tanya apakah perbezaan antara sekitar kawasan dan kawasan sekitar dari segi penggunaan dan makna?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu. Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal.
Lain-lain04.10.2021
1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ...1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ...

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah  menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektof dan frasa sendi nama.
Ayat yang betul; ...alam sekitar ialah alam di sekeliling kita...; dan
...alam sekitar ialah anugerah Tuhan kepada kita....
Tatabahasa10.05.2013
Kawasan sekitar ialah kawasan yang luas, manakala sekitar kawasan ialah kawasan yang kecil,keterangan saya betul ke?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kawasan bermaksud tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas), lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan atau  wilayah) manakala sekitar pula membawa maksud sekeliling sesuatu tempat. Contoh penggunaan ayat bagi perkataan sekitar kawasan ialah Kami mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu.Manakala contoh penggunaan ayat bagi perkataan kawasan sekitar pula ialah Kawasan sekitar bandar itu kelihatan samar-samar kerana kabus tebal. Berdasarkan contoh ayat dan penerangan yang diberikan, kawasan sekitar merujuk kepada kawasan yang luas manakala sekitar kawasan pula ialah kawasan kecil.Lain-lain08.10.2021
Apakah maksud "alam sekitar" menurut Kamus Dewan?Maksud alam sekitar dalam istilah ialah alam sekitar fizikal sebuah kawasan. (2) Persekitaran sebuah sistem kebudayaan, kestabilan politik dan ekonomi yang mempengaruhi perkembangan dan kehidupan seseorang. Merujuk Kamus Dewan alam ialah dunia, bumi. Sekitar pula ialah sekeliling. Harap maklum.Makna04.08.2008
Salam sejahtera, 1. Saya menerima surat dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) 2. Encik Roslan dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah 1. Saya menerima surat daripada Jabatan Alam Sekitar. 2.Encik Roslan dari Jabatan Alam Sekitar.Tatabahasa20.09.2018
Oleh itu, "berkaitan dengan alam sekitar" dan "berkait dengan alam sekitar" kedua-dua pun betul? Kedua-dua perkataan "berkaitan" dan "berkait" boleh digunakan dalam situasi ini?Frasa yang lebih gramatis ialah berkaitan dengan alam sekitar.Tatabahasa14.05.2014
Apakah perbezaan antara alam sekitar dengan persekitaran? Terima kasih.Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua alam sekitar ialah keadaan alam sekeliling, manakala Persekitaran pula ialah kawasan di sekeliling sesuatu tempat atau kawasan sekitar.Makna26.09.2018
Apakah maksud Pembangunan Mampan Melestarikan Alam Sekitar?..dan bagaimanakah cara2 melestarikan alam sekitar?Pembangunan mampan pernah ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, pembangunan bersepadu dan menggunakan sumber dengan cekap dapat mengekalkan  alam sekitar yang bersih dan selamat untuk diwariskan kepada generasi akan datang.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelestarian alam sekitar termasuklah cara-cara melestarikan alam sekitar sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Makna18.03.2009
selamat sejahtera. 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. 1a. Abang mencari maklumat alam sekitar. 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. 2a. Ibu membawa beg mesra alam semasa pergi ke pasar. ayat mana yang betul? kalau ada kesilapan, harap dapat sikit penjelasan daripada pihak tuan/puan. terima kasih1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. Kata sendi nama tentang perlu ada sebelum kata nama alam sekitar 
2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. Ibu membawa beg mesra alam semasa ke pasar. Kedua-dua ayat ini betul, ayat kedua betul.
Tatabahasa01.11.2018
12345678910...

Kembali ke atas