Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ki.tar] | سکيتر

Definisi : 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ki.tar] | سکيتر

Definisi : sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENCEMARAN ALAM SEKITAR UMUM 
ALAM SEKITARKeadaan semula jadi di sekeliling manusia, haiwan, dan tumbuhan.  Secara saintifik, alam sekitar juga dikenali sebagai biosfera yang terdiri daripada atmosfera, hidrosfera, dan litosfera yang merangkumi segala hidupan di bumi.KEJURUTERAANKonsep
GEOLOGI ALAM SEKITARPenerapan prinsip dan pengetahuan geologi untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada penempatan manusia dan eksploitasi alam sekitar fizikal.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
TAMAN TASIKTaman yang dibina sekitar tasik buatan manusia.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PERTEMPURAN PANIPAT

Pertempuran Panipat berlaku di sekitar

Panipat, kini sebuah bandar di India dalam daerah

negeri Haryana. Ia terletak di dataran terbuka Sungai

Jumna (Yamuna) kira-kira 80 kilometer di utara Delhi.

Kedudukannya mengawal kemasukan ke Delhi, dan

ia menjadi tempat berlaku beberapa peperangan

yang penting.

UMUM 
BIOREMEDIASIPenggunaan organisma hidup bagi mengurangkan atau mneghilangkan pencemaran alam sekitar.PERUBATANKonsep
ARTIK

Artik ialah kawasan sejuk yang berterusan di

sekitar Kutub Utara. Ia termasuk Lautan Artik,

beribu-ribu pulau dan bahagian utara benua

Eropah, Asia dan Amerika Utara. Manusia telah lama

percaya bahawa Artik adalah kawasan sejuk, tandus

tempat manusia tidak dapat hidup. Tetapi penjelajah

dan ahli sains mendapati bahawa, kecuali

Greenland, sembilan per sepuluh daripada kesemua

kawasan Artik tidak mempunyai salji dan ais pada

musim panas. Beri, sayur-sayuran dan bunga

tumbuh di beberapa tempat. Matahari tidak

menyinari di kebanyakan kawasan Artik pada musim

sejuk. Tetapi matahari menyinari keseluruhan

kawasan Artik, sekurang-kurangnya sebahagian

waktu siang, dari bulan Mac hingga September.

UMUM 
ZAMAN KEMELESETANSuatu era kemelesetan ekonomi dunia yang teruk yang berlaku sekitar tahun 1929 hingga 1939.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SAMARIA

Samaria ialah nama bandar dan juga wilayah di

sekitar Palestin purba. Raja Omri membangunkan

Samaria pada kira-kira tahun 800 S.M. dan

menjadikannya ibu negara kerajaan Israel. Raja Omri

menamakannya sempena nama Shemer, pemilik

tanah tempat Samaria didirikan.

UMUM 
NOK

Nok ialah tamadun Afrika Barat yang telah

berkembang sejak sekitar 500 S.M. sehingga

sekurang-kurangnya tahun 200 M. Nok berpusat di

lembah tempat bertemunya Sungai Niger dan

Sungai Benue. Hari ini Nok adalah nama sebuah

kampung di Nigeria, kira-kira 160 kilometer di timur

laut Baro.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas