Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ki.tar] | سکيتر

Definisi : 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ki.tar] | سکيتر

Definisi : sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
menyikut MSbmenggalas sesuatu di belakang.Pandangan matanya menerawang, memerhatikan keadaan sekitar. Seorang ibu berperut memboyot, menyikut bayi di belakangnya, sedang terbongkok-bongkok menggembur batas dengan mata cangkul.Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kubing Irnama lain bagi alat muzik tradisional Bungkau yang terdapat di Kota Belud.Suku Murut yang tinggal di sekitar Tenom mengenali alat Bungkau sebagai Turiding, manakala suku kaum IIIanun yang terdapat di Kota Belud menamakannya sebagai Kobing.Bungkau juga miliki lagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
perantan MSrsuatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak.Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin.Adat Resam Penduduk SarawakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lombohon Kdbatang buluh yg paling panjang pada bahagian sompoton.Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah.Sompoton erat kembali talian suami isteriGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
korandabit Kdbahagian alat muzik sompoton yg terdiri daripada buluh sumbiling yang kedua dan ketiga panjang.Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah.Sompoton erat kembali talian suami isteriGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas