Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ko.ci] | سکوچي

Definisi : 1. sj kapal (perahu) kecil, perahu (potongan Eropah): tiga buah ~ diturunkan ke laut utk mencari Tahir; 2. tempat gelen-dong benang yg di bawah jarum (pd mesin jahit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ko.ci] | سکوچي

Definisi : 1 sj perahu kecil orang Eropah. 2 gelendong benang yg di bawah jarum pd mesin jahit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekoci
Rujuk :perahu

Puisi
 

Sayang sekoci perahu Melayu,
     Sarat muatan belayar balik;
Habis sekodi pilih sekayu,
     Belum dapat cindai yang baik.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Suhaili Lily Jun 3rd, 12:44am terima kasi kerana memartabatkan Bahasa Melayu...tetapi boleh DBP pos tentang peribahasa dan seumpamanya...Hal ini kerana, anak muda sekarang tidak kenal peribahasa yang betul dan maknanya...mohon isu ini diambil perhatianDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 3rd, 9:16am Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Pihak DBP telahpun menyediakan kemudahan tersebut melalui http://prpm.dbp.gov.my setiap perkataan yang ditaip seperti perkatan sampan maka akan terpapar maksud mengikut semua kamus yang diterbitkan oleh DBP. Selain itu, akan terpapar secara serentak tesaurus, iaitu perkataan yang segolongan dengan sampan seperti sambok, sekoci, selob dan sebagainya; begitu juga akan terpapar himpunan puisi yang terdapat perkataan sampan (puisi, pantun dan sebagainya); dan pasti juga akan dipaparkan peribahasa yang terkandung perkataan sampan (174 peribahasa yang menggunakan perkataan sampan). Selamat mengembara ke laman tersebut. Pelbagai kemudahan disedia. Moga ini membantu. Terima kasih.Lain-lain03.06.2014

Kembali ke atas