Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekolah;

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? Kursus Transformasional Guru Penolong Kanan 1 Sekolah-sekolah (Sekolah-Sekolah) Kebangsaan Kulaijaya Pusat Latihan Guru dalam (Dalam) Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara. Soalan saya, Adakah kata ganda jika digunakan sebagai tajuk mesti ditulis dengan huruf besar untuk setiap perkataan? Adakah kata hubung mesti ditulis dalam huruf besar jika di dalam tajuk (Kata Nama Khas)? Terima kasih. Rozita YusufAyat yang betul ialah Kursus Transformasi Guru Penolong Kanan 1 Sekolah-Sekolah Kebangsaan Kulaijaya Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara. Penggunaan kata ganda dalam tajuk ditulis dengan huruf besar, manakala kata sendi ditulis dengan huruf kecil.Lain-lain12.07.2010
Yang manakah betul? Sukan Sekolah-sekolah ASEAN atau Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN?Sukan Sekolah-sekolah ASEAN.Ejaan27.10.2014
Manakah yang betul?: 1. Guru-guru di sekolah-sekolah rendah. 2. Guru di sekolah-sekolah rendah. 3. Guru-guru di sekolah rendah.Frasa yang betul, "guru di sekolah-sekolah rendah" dan "guru-guru di sekolah rendah".Tatabahasa09.12.2014
Poster pendidikan ialah poster yang ada di sekolah-sekolah. atau Poster Pendidikan ialah poster.....Jika soalan puan berkenaan perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan perkataan 'yang ada di sekolah-sekolah', boleh juga gunakan perkatan seperti yang berikut: Poster Pendidikan ialah poster yang terdapat di sekolah-sekolah...Lain-lain21.09.2017
Assalam "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH" "KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH" Mana satu yang betul? Terima kasih.Frasa yang lebih tepat ialah KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MENENGAH.Tatabahasa25.07.2017
.... mengatakan di sekolah-sekolah campuran, terutama dari / daripada usia 12 ke atas, pelajar perempuan kurang diberikan peluang....Dalam frasa di atas, penggunaan perkataan yang betul ialah daripada.Tatabahasa01.11.2011
Situasi : Perasmian 18 buah dewan sekolah dalam Parlimen Pagoh Untuk menulis bena ,antara berikut manakah yang betul? 1. Majlis Perasmian Dewan-dewan Sekolah Parlimen Pagoh 2. Majlis Perasmian Dewan Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh.1. Majlis Perasmian Dewan Sekolah Parlimen Pagoh. Tidak perlu dijamakkan perkataan dewan atau sekolah kerana Parlimen Pagoh di situ boleh menandakan tunggal atau jamak. Tatabahasa29.03.2012
Saya guru di SM Teknik. Kami mengadakan program penerangan di sekolah-sekolah berhampiran tentang SM Teknik yang kami istilahkan sebagai Outreach. Apakah istilah bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "outreach"

Puan,

Program "outreach" boleh diterjemahkan menjadi program khidmat masyarakat. Dalam program tersebut boleh diadakan pelbagai aktiviti seperti sesi taklimat, ceramah dsb.   

Istilah28.11.2010
saya ingin bertanya mengenai sistem tulisan dan ejaan bahasa melayu terkini yang digunakan di sekolah-sekolah iaitu sistem tulisan yang paling terkini. dan bolehkan saya dapat maklumat serba sedikit mengenai sistem ejaan tersebut.Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.Tatabahasa16.05.2018
saya memerlukan bahan rujukan yang melibatkan penulisan rencana berkaitan dengan kompetensi bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Bolehkah pihak DBP membantu saya mencarikan saya tajuk-tajuk yang berkaitan tentang perkara ini? Terima kasih.

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh datang membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP. Anda boleh merujuk koleksi bahan kertas kerja, tesis dan  artikel majalah tajuk berkaitan.

Lain-lain22.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas