Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekolah;

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKOLAH TINGGI

Sekolah tinggi ialah sekolah yang terdapat di

Amerika Syarikat dan Kanada yang menyediakan

beberapa tahun pengajian untuk kanak-kanak

yang berusia antara 14 tahun dan 17 tahun di

bawah peringkat umur muda. Di negara-negara

lain sekolah tinggi dikenali sebagai sekolah

menengah . Sekolah tinggi menyediakan

pendidikan biasa dan menyediakan pelajar yang

akan melanjutkan pelajaran ke kolej atau untuk

mendapatkan pekerjaan.

UMUM 
SEKOLAH

Sekolah ialah institusi yang menyediakan

pendidikan. Kebanyakan sekolah boleh dijelaskan

sebagai bangunan yang sering dikunjungi oleh

kanak-kanak dan remaja untuk belajar membaca,

menulis, matematik, sains, pengajian sosial, dan

sebagainya. Walau bagaimanapun, ciri sesetengah

sekolah berlainan daripada sekolah biasa.

Contohnya, ramai kanak-kanak Australia yang

tinggal di ladang biri-biri yang jauh dari bandar,

mendapat pendidikan harian di rumah melalui

radio dan televisyen. Guru mereka berada di

studio yang menyiarkan maklumat dari jarak jauh.

Murid-murid berbual dengan guru melalui sistem

radio dua hala. Sekolah udara ini bukanlah

bangunan yang dikunjungi oleh pelajar untuk

mendapatkan pelajaran, tetapi masih dianggap

sebagai sekolah. Di pusat jagaan kanak-kanak atau

tadika , anak kecil yang dianggap murid tidak akan

belajar membaca, menulis, dan mengira.

Bagaimana pula dengan universiti yang menerima

pelajar dewasa? Bolehkah ia dianggap sekolah?

UMUM 
SEKOLAH KANO

Sekolah kano ialah kumpulan pelukis Jepun

yang ahlinya datang daripada satu keluarga.

Generasi sekolah kano seterusnya menubuhkan

satu dinasti yang bertahan dari tahun 1400-an

hingga tahun 1800-an dan melahirkan ramai

pelukis ternama Jepun pada masa tersebut. Pada

tahun 1600-an ahli sekolah kano menetapkan

standard bagi lukisan Jepun yang berterusan

melebihi 200 tahun.

UMUM 
SEKOLAH PEMULIHAN AKHLAK

Sekolah pemulihan akhlak ialah institusi

pemulihan untuk pelanggar undang-undang yang

berumur lebih daripada 18 tahun, tetapi tidak

memerlukan pengawasan ketat. Sekolah

pemulihan akhlak sering digunakan untuk

mengasingkan pesalah yang lebih muda daripada

pesalah yang lebih tua. Sekolah ini menyediakan

khidmat kaunseling, latihan vokasional dan

program pembaikan yang lain.

UMUM 
SEKOLAH GAYA POS

Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan

yang mengajar melalui surat-menyurat antara

guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan

kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari

sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk

tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau

teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang

sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau

kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana

mereka bekerja pada waktu siang. Dengan

mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh

membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos

mempunyai keburukan kerana perhubungan

peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar.

UMUM 
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah ini terletak di jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Sekolah ini sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Melayu Ipoh dan ditubuhkan pada bulan Januari 1957.   Sekolah ini telah ditempatkan untuk sementara waktu di Baeza Avenue Off Jalan Ashby, Ipoh.  Bilangan pelajar pengambilan pertama ialah seramai 600 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki. Sebanyak lima buah kelas telah dibuka dengan tenaga pengajarnya seramai 15 orang.  Pada tahun yang sama, kelas peralihan dibuka untuk seramai 160 orang pelajar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SEKOLAH TUN FATIMAHSEKOLAH TUN FATIMAH, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah Tun Fatimah (STF) sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Perempuan Melayu di Durian Daun, Melaka pada tahun 1956.  Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk melahirkan guru-guru pelatih yang ditempatkan di Maktab Perguruan Melayu Melaka (MPPM) selepas mereka menduduki peperiksaan Lower Certifacate of Education (LCE).  Pengambilan masuk pelajar ke sekolah ini adalah dari seluruh Tanah Melayu khususnya dari kawasan luar bandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUMTAZ JAAFAR

Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir

pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya

ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan

utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya

Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia

(KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan

Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas

untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga

terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter,

4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula

dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS)

dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

(MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak

meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara

Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara

Bank, dan Kejohanan MAKSAK.

UMUM 
SEKOLAH CONVENT BUKIT NANAS

SEKOLAH CONVENT BUKIT NANAS, sekolah kerajaan. Sekolah ini ada mulanya terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan dibuka untuk murid lelaki dan perempuan. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1899 oleh Mother St. Andre, Sister St. Sabine dan Sister Medeleine, kumpulan mubaligh The Sisters of The Holy Infant Jesus, dari Singapura.  Pada mulanya bilangan murid sekolah ini ialah seramai 12 orang iaitu 7 lelaki dan 5 perempuan.  Selepas dua tahun, jumlah pelajar telah meningkat kepada 80 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SEKOLAH KOIR

Sekolah koir adalah pertubuhan-pertubuhan di

United Kingdom yang memberi tumpuan khas

kepada pendidikan kanak-kanak lelaki yang

menyanyi dalam koir di upacara keagamaan

harian. Sesetengah sekolah ini mengambil hanya

ahli koir (koir lelaki), tetapi kebanyakan yang lain

juga menerima murid-murid lain. Semua murid

mendapat pendidikan am yang baik.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas