Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sekolah yg menyediakan asrama dan segala kemudahan termasuk ma­kan minum, tempat belajar dsb utk semua murid di sekolah tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan dalam ayat di bawah ? 1)Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari. 2) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghadapi penyakit jantung. 3)Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia.1) Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari. Perkataan yang betul ialah kemasukan, iaitu perkataan masuk menerima apitan ke-...-an bukannya apitan ke-...-kan.
2) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghadapi penyakit jantung. Perkataan yang betul ialah berlebihan.
3) Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia. Perkataan yang betul ialah delegasi dan menubuhkan.
Tatabahasa27.03.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan yang tepat dalam bahasa Melayu untuk istilah "coaching of coordinator"? Kursus "coaching of coordinator" ini merupakan program tahunan Sekolah Berasrama Penuh KPM untuk memberi latihan dan bimbingan berkaitan pengurusan asrama kepada ahli jawatankuasa tertinggi asrama. Terima kasih.Tiada data bagi istilah “coaching of coordinator” dalam data DBP. Mengikut Kamus Dewan, “coaching” ialah bimbingan khusus; latihan, manakala coordinator ialah penyelaras; koordinator. Sukacita kami mencadangkan padanan “bimbingan khusus penyelaras” atau “latihan penyelaras”.Istilah06.12.2014

Kembali ke atas