Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan yang betul bagi singkatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina: SJKC atau SJK (C)?
Menurut data kami, tiada panduan khusus tentang cara penulisan singkatan tersebut. Walau bagaimanapun, cara penulisan singkatan oleh KPM ialah SJKC bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Lain-lain29.01.2019
Sekolah Jenis Kebangsaan Tunku Ali telah mengadakan Hari Sukan. Adakah hari sukan kata nama Khas?Hari Kanak-kanak atau hari kanak-kanak? saya dapati penerangan untuk hari kanak-kanak pada 24/7/12 dan 20/8/07 amat berbeza.Terima KasihDalam konteks ayat tersebut Hari Sukan ialah kata nama khas.Tatabahasa21.09.2012
Salam, Ini adalah butir perincian buku teks yang masih menggunakan ejaan 'chef'. Nama buku: Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 Sekolah Jenis Kebangsaan; Tahun terbitan: 2012; Tajuk: Unit 21 - Anak Malaysia; Muka surat: 94. Di dalam buku ini, dinyatakan nama Chef Wan masih dieja Chef Wan dan bukannya Cef Wan seperti ejaan yang diusulkan di dalam BM. Pendapat saya ialah kita perlu selaraskan ejaan mengikut Kamus Dewan berbanding dengan istilah yang telah mantap dalam kalangan pengguna. Hal ini adalah kerana, jika ejaan seperti ini tidak diperbetul, masyarakat akan terbiasa dan cenderung untuk menggunakan ejaan yang salah. Maka, terhasillah dua versi ejaan yang boleh mengelirukan pengguna. Walau bagaimanapun, mohon maaf jika saya terkasar kata. Ini hanya pendapat peribadi saya. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Kami amat menghargai keprihatian puan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami akan mengambil tindakan selanjutnya dan berharapĀ perkara ini dapat diselaraskan.Lain-lain23.01.2013
Salam sejahtera. sy tgh membuat kajian bagaimana murid2 bukan melayu (sekolah rendah) blh menguasai bahasa melayu dgn lbh senang, khususnya dr segi pertuturan, pembacaan & penulisan. adakah pihak DBP blh kongsi bbrp sumber/link/tips yg blh membantu sy? tkaseh byk2! Yg Ikhlas, Benz NG

Salam sejahtera,

Rujukan Pautan Perkhidmatan dan Produk Dewan Bahasa dan Pustaka

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh mencadangkan beberapa perkara seperti yang berikut:

1.    1. Melalui skop buku sekolah, fokusnya untuk mencapai sukatan pelajaran (SP) daripada Dokumen Standard Kurikulum (DSKP). Antara bahan sokongan yang disediakan ialah dalam bentuk Kod QR dan AR, boleh diperoleh dalam buku teks Bahasa Melayu SJK. Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Video paparan disertakan dalam AR Kod ni. Contohnya bagaimanakah untuk mengetahui bacaan sajak, syair, seloka dan lain-lain.

2.    2. Mempelbagaikan bahan bacaan seperti buku, majalah, artikel atau bahan sokongan lain dalam Bahasa Melayu bagi mempertingkatkan lagi penguasaan murid dalam Bahasa Melayu.

3.    3. Selain daripada buku, boleh juga menyertai kegiatan anjuran DBP yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum atau bahagian lain.

4.    4. Maklumat mengenai kegiatan atau program DBP boleh diperoleh daripada:Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

5.    5. Cadangan beberapa pautan DBP yang boleh dijadikan rujukan:

a.      Maklumat umum tentang kegiatan DBP: http://lamanweb.dbp.gov.my/

b.      Artikel penerbitan maya DBP: https://jendeladbp.my/

c.      Rujukan carian perkataan dalam bahasa melayu: https://prpm.dbp.gov.my/

d.      Kursus atau bengkel anjuran DBP: http://akademi.dbp.my/wordpress/

e.      Carian buku rujukan dalam Pusat Dokumentasi Melayu: http://pustakav2.dbp.gov.my/

f.       Carian buku terbaru terbitan DBP: https://dbpniaga.my/

6. Bagaimanapun, sumber lain juga boleh diperoleh daripada google melalui carian umum tentang “cara menguasai bahasa melayu sekolah rendah”, terdapat beberapa artikel mengenai perkara tersebut yang boleh dijadikan rujukan.

Sekian terima kasih.

Lain-lain25.05.2021
Kata hubung "manakala" tergolong dalam jenis kata hubung gabungan atau kata hubung pancangan keterangan?Saya ada terjumpa di bahagian Khidmat Nasihat ada mengatakan "manakala" tergolong dalam jenis gabungan. Bagi pertanyaan yang pula mengatakan "manakala" tergolong dalam jenis pancangan keterangan. Dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 3 (sekolah kebangsaan) mengatakannya tergolong dalam jenis gabungan. Yang mana satu yang betul? Terima kasih.Kata hubung "manakala" lazimnya digunakan dalam ayat pancangan keterangan seperti ayat  Dia tersenyum manakala melihat anaknya sudah terlena.Tatabahasa21.05.2015
Tuan, apakah peranan DBP: 1. Secara langsung kepada sekolah 2. Secara tidak langsung kepada sekolah

Assalamualaikum,

 Saudari Ramziah.

 6 fungsi utama DBP ialah:

1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.

2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.

3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.

4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

 

Berdasarkan fungsi utama di atas, peranan secara langsung DBP kepada sekolah adalah yang berkaitan dengan usaha penyebaran ilmu pengetahuan melalui penerbitan buku dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:

1. Menerbitkan buku teks untuk kegunaan sekolah rendah dan menengah.

2. Menerbitkan majalah yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekolah seperti Dewan Pelajar dan Dewan Siswa. Majalah-majalah lain yang juga dapat dimanfaatkan oleh pelajar ialah Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Dewan Ekonomi. Dewan Kosmik dan Dewan Bahasa.

3. Menerbitkan Kamus untuk kegunaan pelajar misalnya KAMUS MELAYU-INGGERIS (EDISI PELAJAR), KAMUS ARAB-MELAYU RENDAH DEWAN, KAMUS MELAYU-INGGERIS DEWAN, KAMUS TAMIL-MELAYU DEWAN, KAMUS MANDARIN-MELAYU DEWAN dan banyak lagi. Kesemua kamus ini masih dalam proses penerbitan dan ada yang dijangka terbit dalam tahun 2010 dan 2011.

 

Manakala peranan secara tidak langsung adalah yang berkaitan dengan usaha mengembangkan minat pelajar serta guru dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi serta memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya melalui pelaksanaan aktiviti yang melibatkan pelajar dan guru seperti berikut:

   1.Program Kebahasaan:

     -Pertandingan Forum Pelajar  (untuk pelajar sekolaj jenis kebangsaan)

     -Pertandingan Forum Remaja

     - Peraduan Mengarang Esei

     -Pertandingan Koir

     -Pertandingan Deklamasi Puisi

    -Pertandingan Pidato

     -Pertandingan Bercerita

 

     2.Program pengembangan kesusasteraan :

                    1. Sesi bercerita.  2. Program 'Seronoknya Membaca'.   3. Minggu Penulis Remaja.  4.Bengkel Penulisan Hadiah Tunas Remaja. 5. Program Kelab Tunas Renaja. 6. Kuiz Sastera Perdana  7. Bengkel Penghayatan Sastera KOMSAS untuk Guru. 8. Bengkel Teknik Bercerita Untuk Jurulatih(Guru) 9. Ceramah Sastera di sekolah. 10. Bengkel Penulisan untuk Pelajar Sekolah dan lain-lain lagi.

Selain aktiviti yang dinyatakan di atas, sebenarnya ada banyak lagi yang tidak disebutkan. Terdapat program atau aktiviti yang berlainan dilaksanakan oleh DBP di peringkat cawangan seperti Sabah dan Sarawak dan di pejabat Wilayah DBP di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan. Namun kesemuanya menjurus ke arah matlamat meningkatkan kecintaan dan kemahiran penggunaan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar dan guru. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan oleh DBP melalui kerjasama dengan pihak lain seperti sekolah, Jabatan Pelajaran Malaysia di peringkat negeri serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain.

 Sekian terima kasih.

AZHAR MOHD. DORA

Bhg. Dasar dan Pembangunan Korporat DBP

azhar@dbp.gov.my

Lain-lain12.07.2010
Saya ingin mendapakan maklumat tentang bahasa rasmi, pengantar, komunikasi, ilmu ,kebangsaan

Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi | Jenis=2&Cari=1&Kata=Armin Azhari Saleh">Armin Azhari Saleh | Pelita Bahasa | 01/08/1999

Dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan | Jenis=2&Cari=1&Kata=Ainon Muhammad">Ainon Muhammad | Dewan Bahasa | 01/02/1985

Bahasa Melayu dan Bahasa Pengantar Sekolah | Jenis=2&Cari=1&Kata=Hasan Baseri Budiman">Hasan Baseri Budiman | Pelita Bahasa | Jenis=2&Cari=1&Kata=Hasan Baseri Budiman">01/07/2002

Bahasa Malaysia bahasa komunikasi semua kaum | Jenis=2&Cari=1&Kata=Wardati Md Sheriff">Wardati Md Sheriff | Pelita Bahasa (Sisipan) | 01/10/1990

Bahasa Melayu bahasa komunikasi luas | Jenis=2&Cari=1&Kata=Asiah Idris">Asiah Idris | Pelita Bahasa | 01/12/199

Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu | Jenis=2&Cari=1&Kata=Abdul Hamid Mahmood">Abdul Hamid Mahmood | Jurnal Dewan Bahasa | 01/07/1990

Bahasa Melayu Bahasa Ilmu | Jenis=2&Cari=1&Kata=Mohd Yusof Othman">Mohd Yusof Othman | Pelita Bahasa | 01/01/2000

Bahasa kebangsaan dalam pendidikan, antara matlamat dan cabaran | Jenis=2&Cari=1&Kata=Zakaria Sungib">Zakaria Sungib | Massa | 01/02/1983

Lain-lain17.04.2008

Kembali ke atas