Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? Kursus Transformasional Guru Penolong Kanan 1 Sekolah-sekolah (Sekolah-Sekolah) Kebangsaan Kulaijaya Pusat Latihan Guru dalam (Dalam) Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara. Soalan saya, Adakah kata ganda jika digunakan sebagai tajuk mesti ditulis dengan huruf besar untuk setiap perkataan? Adakah kata hubung mesti ditulis dalam huruf besar jika di dalam tajuk (Kata Nama Khas)? Terima kasih. Rozita YusufAyat yang betul ialah Kursus Transformasi Guru Penolong Kanan 1 Sekolah-Sekolah Kebangsaan Kulaijaya Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara. Penggunaan kata ganda dalam tajuk ditulis dengan huruf besar, manakala kata sendi ditulis dengan huruf kecil.Lain-lain12.07.2010
Manakah penggunaan yang betul untuk perkataan berikut : 1. Rekabentuk Sekolah Kebangsaan Daripada Aspek kecekapan Tenaga 2. Rekabentuk Sekolah Kebangsaan Dari Aspek Kecekapan TenagaJawapannya ialah : Reka Bentuk Sekolah Kebangsaan dari Aspek Kecekapan TenagaTatabahasa11.03.2007
Singkatan bagi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok yang mana betul? A. SK Bandar Baru Sintok B. Sek. Keb. Bandar Baru Sintok
Kedua-dua singkatan tersebut sesuai untuk digunakan.
Lain-lain30.12.2016
Salam, Saya telah membeli Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Buku Aktiviti Tahun 3, Jilid 1 & Jilid 2 dan ingin mendapatkan list jawapan untuk buku-buku berkenaan. Sekian terima kasih. DEC 4TH, 5:26PM Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih 1:56PM Vicky Salam. Pegawai yang menjawab talian tidak mengetahui patut sambung saya kepada siapa yang in-charged. Email yang saya hantar pula tidak balasan langsung.Kami telah menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian yang diberi. Untuk makluman tuan, Kedai Buku hanya menjual buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu, manakala senarai jawapan (jika ada) boleh diperoleh melalui Bahagian Buku Teks, kementerian Pendidikan Malaysia.Lain-lain22.12.2015
Jika maksud' jawatankuasa pengelola'' dan jawatankuasa kerja' mempunyai makna yang sama dan penggunaannya bergantung pada konteks dan situasi. Bolek tak tuan berikan contoh situasi yang menampakkan perbezaan dari segi penggunaannya.

Yang biasa digunakan ialah jawatankuasa kerja. Pengelola ialah orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan.

Tatabahasa03.03.2010
Merujuk kpd Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Malaysia Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Terbitan DBP (2009) Ms 20 Latihan 6B ingin saya bertanya tentang ayat ke5 sama ada pengunaan "Banyak kawan" adakah tepat? Bukankah pengunaan "banyak" hanya digunakan untuk kata nama bukan manusia sahaja dan jika objek itu ialah manusia, perkataan yang harus digunakan ialah "ramai" Mohon bantu untuk saya terangkan kepada anak yang bertanya. Terima kasih.Banyak bermaksud bukan sedikit atau tidak sedikit, dan banyak boleh digunakan untuk kata nama bukan manusia dan manusia. Contoh: banyak orang yang mempunyai cita-cita tinggi. Oleh itu, penggunaan "banyak kawan" dalam buku teks tersebut adalah betul.Tatabahasa01.03.2010
Vicky Chia Nov 25th, 9:55am Salam, Saya telah membeli Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Buku Aktiviti Tahun 3, Jilid 1 & Jilid 2 dan ingin mendapatkan list jawapan untuk buku-buku berkenaan. Sekian terima kasih.Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain25.11.2015
Salam, Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaannya dengan lebih jelas?Antara istilah di bawah ini yang manakah tepat? 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan Setakat pemahaman saya, jika jawatan itu disertai dengan kata nama khas, maka ejaannya perlulah menggunakan huruf besar. Namun, bagaimanakah pula jika jawatan itu bukanlah jawatan yang besar dan diiktiraf seperti ketua pengawas, pengerusi persatuan dan sebagainya? Sekian, terima kasih.1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari = Ketua Kelas Tahun Lima Bestari

2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar = Saya ingin berjumpa dengan guru besar.

Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas =  Guru Kelas Tahun Enam Cerdas

4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan = Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan.

guru besar, guru kelas, ketua murid ialah kata nama am. Oleh itu, kata-kata tersebut tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada awal kata. Sekiranya merujuk kata nama khas, huruf di awal kata ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa26.12.2012
Saya ingin tahu samada ayat-ayat berikut betul atau salah. 1. Makanan di restoren ini sedap-sedap belaka. 2. Justeru kita hendaklah mengulangkaji pelajaran. 3. Peserta itu kuat betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. Saya harap pihak tuan dapat membetulkannya. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1. Makanan di restoren ini sedap belaka. 

2. Justeru, kita hendaklah mengulang kaji pelajaran. 

3. Peserta itu pantas/laju betul berlari.

4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di negeri Kedah.

5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. -lebih kepada bahasa percakapan

Tatabahasa21.08.2010
bolehkah saya memohon untuk mendapatkan bahan berkaitan bahasa yang dikeluarkan oleh pihak DBP untuk kegunaan dan rujukan guru-guru di sekolah kebangsaan lengkuas,32800 Parit, PerakSila hubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP untuk mendapatkan risalah/pedoman bahasa melalui talian 03-21479000/9001/9002.Lain-lain10.06.2017
12345678910...

Kembali ke atas