Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
politicizationpempolitikanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menjadikan sesuatu isu, keadaan, fenomena atau perkara bersifat politik. Sesuatu perkara itu pada asalnya neutral atau tidak berbau politik tetapi dengan tindakan ini, ia akan menjadi isu panas, diperdebat oleh anggota parlimen, dibawa ke meja perundingan oleh organisasi terlibat, diusul ke parlimen dan persidangan atau menjadi isu hangat dalam media tempatan mahupun antarabangsa. Pempolitikan sesuatu perkara boleh berlaku apabila ia memberi keuntungan kepada pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada isu yang panas ini. Contohnya, pempolitikan isu sekolah wawasan oleh parti pembangkang yang mendakwa langkah ini bertujuan menghapuskan sistem sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Sinonim mempolitikkan.
basic strategystrategi dasarPentadbiranPentadbiran Awam

Rancangan teratur yang disusun rapi untuk mencapai matlamat atau kejayaan sesuatu dasar kerajaan dalam tempoh tertentu. Strategi ini digubal untuk menangani masalah utama negara seperti ketidak seimbangan ekonomi, kemiskinan, penyalahgunaan dadah dan keruntuhan akhlak. Perancangan rapi dibuat berlandaskan tinjauan awal yang komprehensif terhadap masalah tersebut dan kemudian merancang pelaksanaan sesuatu strategi dasar dengan mengambil kira pelbagai faktor, risiko dan cabaran yang perlu ditangani. Strategi ini menjelaskan tentang misi dan visi yang ingin dicapai. Sebagai contoh, strategi bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).


Kembali ke atas