Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH 2)PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH yang mana lebih tepat (perbezaan perkataan adalah DALAM)Ganti DALAM kepada BAGI.

Ayat yang betul:

PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEKOLAH MENENGAH.
Lain-lain02.03.2021
Selamat petang tuan. Mengapakah universiti dalam bahasa Melayu tidak dinamai "pusat pengajian tinggi", seperti Pusat Pengajian Tinggi Malaya, Pusat Pengajian Tinggi Sains Malaysia? Mengapakah dinamakan "universiti"? Kata "universiti" kata yang dipinjam daripada bahasa Inggeris dan telah melalui penyesuaian ejaan yang sedikit sahaja, jadi bunyi bahasa Inggeris "university" itu tampak sangat. Ini yang dikatakan kata pinjaman bahasa Melayu yang keinggerisan. Dalam bahasa Melayu, sudah sedia ada frasa "pusat pengajian tinggi" untuk menunjukkan sekolah mahasiswa, oleh itu, mengapakah kata "university" daripada bahasa Inggeris dipinjam lagi untuk menjadi "universiti"? Frasa "pusat pengajian tinggi" kata bahasa Melayu jati!Perkataan "universiti" telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya.Istilah28.11.2016
salam 1 malaysia. yang manakah contoh ayat yang sesuai digunakan untuk menunjukkan penggunaan 'adalah tinggi' atau 'ialah tinggi' dalam ayat berikut; contoh 1. Berdasarkan kepada Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru adalah tinggi. contoh 2. Berdasarkan kepada Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru ialah tinggi. mohon pembetulan jika perlu. terima kasihBerdasarkan Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru ialah tinggi.Tatabahasa25.08.2015
apakah maksud definisi bahasa kebangsaan dan penggunaannyaBahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan ialah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.Makna02.10.2006
apa itu bahasa kebangsaan?sila jelaskan dan bandingkan bahasa kebangsaan dengan bahasa melayu. Terima kasih.Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perkaitannya dengan bahasa Melayu dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan, iaitu bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Persekutuan Malaysia.Lain-lain28.01.2007
Selamat sejahtera, saya merupakan seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Menenangah Tinggi Cina.Soalan yang pertama, Saya ingin bertanyakan maklumat penggunaan perkataan dan ejaan perkataan terkini.Soalan saya yang kedua saya ingin bertanyakan tentang penggunaan perkataan kata ganti nama diri bagi "dia" dan "ia"dengan lebih lengkap. sekian, terima kasih.

1. Untuk mendapatkan perkataan dan ejaan terkini, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Saudara juga boleh melayari laman web DBP (Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

2. Kata ganti nama dia digunakan untuk diri orang ketiga. Ia pula diguanakan untuk orang, benda dan perkara, tidak boleh digunakan untuk binatang. Saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.  

Ejaan08.05.2009
Assalamualaikum. Saya, Hanis Nabila Binti Amir Husaini @ Mahadi, bekas pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi, SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang. SPM 2013, dan alhamdulillah berjaya mendapat 6A ; Bahasa Melayu A Bahasa Inggeris A Bahasa Arab A- Saya berminat sangat untuk menjadi seorang penterjemah bahasa tetapi tidak tahu bagaimana halatuju untuk mencapai cita-cita saya ni. Saya amatlah berbesar hati jika pihak tuan dapat membantu. Terima kasihTerima kasih kepada anda yang menjadikan DBP sebagai sahabat di hujung jari. Buat pengetahuan saudara DBP tidak lagi mengadakan kursus tersebut. Semua kursus tersebut dilaksanakan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ITBM. Selain daripada itu saudara juga boleh terus menghubungi pada maklumat berikut :Alamat: Persatuan Penterjemah Malaysia 171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur. Tel.: 03-9226 2506 Faks: 03-2142 4381 Facebook: Persatuan Penterjemah E-mel: terjemah1@gmail.com Laman web: http://www.ppm-mta.com/Lain-lain26.03.2014
apakah dasar penggunaan bahasa melayu di institusi pengajian tinggi swasta? Dalam sistem persekolahan kerajaan, penggunaan bahasa Melayu diwajibkan sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke institusi pengajian awam. Bagi pusat pengajian tinggi swasta,  tidak dapat dipastikan tentang penggunaan bahasa Melayu. Sila rujuk Jabatan Pengajian Tinggi (Swasta), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Lain-lain19.02.2008
MAKSUD PELAJAR PERINGKAT RENDAH MAKSUD PELAJAR PENGAJIAN TINGGIEncik Saleh, terima kasih kerana bertanyakan soalan ini. Pelajar sekolah rendah merujuk murid-murid sekolah dari darjah satu hingga tingkatan lima, manakala di peringkat pengajian tinggi pula ialah mereka yang menunutut di universiti atau kolej. sekian terima kasih.Makna07.01.2009
salam 1Malaysia, soalan saya: adakah perkataan "masing-masing" diletakkan dalam contoh ayat berikut sesuai digunakan bagi menjelaskan hasil keputusan analisis. mohon pembetulan. tq Contoh ayat: keputusan analisis menunjukkan perbezaan min kompetensi guru antara responden guru lelaki-perempuan (2.0), guru sekolah rendah-sekolah menengah (3.0) , guru berpengalaman mengajar 1-5 tahun - guru berpengalaman 6-10 tahun (4.0). Ini menunjukkan bahawa, min kompetensi responden guru Lelaki, guru Sekolah Rendah, dan guru yang berpengalaman mengajar 6-10 tahun masing-masing lebih tinggi berbanding responden guru Perempuan, guru SM, guru berpengalaman mengajar 1 – 5 tahun.Keputusan analisis menunjukkan perbezaan yang minimum kompetensi guru antara responden guru lelaki dengan guru perempuan (2.0), antara guru sekolah rendah dengan guru sekolah menengah (3.0) , antara guru berpengalaman mengajar 1 -5 tahun dengan guru berpengalaman 6-10 tahun (4.0). Ini menunjukkan bahawa, minimum kompetensi responden guru Lelaki, guru Sekolah Rendah, dan guru yang berpengalaman mengajar 6-10 tahun masing-masing lebih tinggi berbanding responden guru Perempuan, guru SM dan guru berpengalaman mengajar 1 – 5 tahun.Tatabahasa17.08.2015
12345678

Kembali ke atas